BANDAR BAHARU, 25 SEPTEMBER 2010.Jamuan Sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran TBI yang diadakan di Taman Permainan kanak-kanak TBI disambut meriah. Jamuan yang bermula
dari 8.30 malam hingga 10.00 malam itu dihadiri dari taman-taman berhampiran, jemaah masjid Bandar Baharu dan kampung-kampung yang berhampiran. Pengerusi TBI, En.Jamil bin Samad melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kehadiran tetamu yang diluar jangkaan. Majlis pada tahun ini agak berbeza kerana ia dijalankan sebelah malam berbanding dengan tahun-tahun lepas yang diadakan sebelah siang.
;
Isnin, 27 September 2010
Khamis, 9 September 2010
Selasa, 7 September 2010
KEINDAHAN AWAN MENJELANG MALAM 29 RAMADAN
SMK ABU BAKAR AL-BAQIR. 7 SEPTEMBER. SUBHANALLAH....MAHA SUCI TUHAN YANG MENJADIKAN SESUATU BENDA DALAM BENTUK YANG INDAH. MENAKJUBKAN GAMBAR AWAN YANG ANA AMBIL PAGI TADI KAT SEKOLAH. KEBETULAN MALAM INI, MALAM 29 RAMADAN, MALAM GANJIL.ADAKAH MALAM INI MERUPAKAN MALAM YANG KITA NANTI-NANTIKAN.APA-APAPUN JANGAN LUPA UNTUK BUAT SESUATU PADA MALAM NI.








Sepakat Membawa Berkat








Sepakat Membawa Berkat
TERIMA KASIH CIKGU JAMIL
SURAU TEBUK MAT RASHID, 6 SEPTEMBER 2010.Terima kasih yang tidak terhingga buat Cikgu Jamil dan sekeluarga di atas kesudian menganjurkan majlis berbuka puasa sekali lagi pada tahun ni.Mudah-mudahan, usaha ini mendapat keberkatan dari-NYA.
JASAMU DIKENANG
BANDAR BAHARU, 6 SEPTEMBER 2010. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan guru al-quran dan golongan bidan kampung sememangnya memain peranan penting dalam masyarakat suatu ketika dahulu. Namun begitu, peralihan zaman kadang-kala membuatkan kita telah lupa terhadap jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh mereka. Atas kesedaran ini, pihak kerajaan negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Daerah Bandar Baharu telah memberi sedikit sumbangan bagi mengiktirafkan peranan golongan ini dalam masyarakat.
Langgan:
Catatan (Atom)
B
;