
;
Khamis, 9 September 2010
Selasa, 7 September 2010
KEINDAHAN AWAN MENJELANG MALAM 29 RAMADAN
SMK ABU BAKAR AL-BAQIR. 7 SEPTEMBER. SUBHANALLAH....MAHA SUCI TUHAN YANG MENJADIKAN SESUATU BENDA DALAM BENTUK YANG INDAH. MENAKJUBKAN GAMBAR AWAN YANG ANA AMBIL PAGI TADI KAT SEKOLAH. KEBETULAN MALAM INI, MALAM 29 RAMADAN, MALAM GANJIL.ADAKAH MALAM INI MERUPAKAN MALAM YANG KITA NANTI-NANTIKAN.APA-APAPUN JANGAN LUPA UNTUK BUAT SESUATU PADA MALAM NI.








Sepakat Membawa Berkat








Sepakat Membawa Berkat
TERIMA KASIH CIKGU JAMIL
SURAU TEBUK MAT RASHID, 6 SEPTEMBER 2010.Terima kasih yang tidak terhingga buat Cikgu Jamil dan sekeluarga di atas kesudian menganjurkan majlis berbuka puasa sekali lagi pada tahun ni.Mudah-mudahan, usaha ini mendapat keberkatan dari-NYA.
JASAMU DIKENANG
BANDAR BAHARU, 6 SEPTEMBER 2010. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan guru al-quran dan golongan bidan kampung sememangnya memain peranan penting dalam masyarakat suatu ketika dahulu. Namun begitu, peralihan zaman kadang-kala membuatkan kita telah lupa terhadap jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh mereka. Atas kesedaran ini, pihak kerajaan negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Daerah Bandar Baharu telah memberi sedikit sumbangan bagi mengiktirafkan peranan golongan ini dalam masyarakat.
Selasa, 10 Ogos 2010
Sabtu, 7 Ogos 2010
TITIAN SIRATULMUSTAQIM HANYA SIMBOLIK
6 OGOS , BANDAR BAHARU. Kuliah yang disampaikan oleh YBG.Dato Hassan Din pada malam ini sedikit sebanyak dapat merungkaikan persepsi masyarakat tentang kewujudan Titian Siratulmustaqim yang menjadi pegangan masyarakat melayu islam selama ini. Merujuk kepada Kitab Mustika Hadis keluaran JAKIM, beliau menegaskan terdapat kesilapan teknikal dari segi tafsirannya. Dalam kitab tersebut dikatakan Titian siratulmustaqim merentangi neraka, namun beliau menolak tafsiran itu dengan mengatakan bahawa Titian Siratulmustaqim merupakan simbolik kepada kesengsaraan, kesusahan, keazaban serta kepahitan yang teramat ketika manusia bergerak menuju kepada mashyar. Dalam usaha memberi pemahaman yang jelas kepada jemaah yang hadir, beliau juga telah melakarkan kedudukan masyhar, mahkamah keadilan, kedudukan neraka yang terletak disebelah kiri ( al-Waqiah, ayat 25), kedudukan syurga yang terletak disebelah kanan,( al-Waqiah, ayat41) serta kedudukan tembok yang memisahkan neraka dan syurga, (al-A'raf, ayat 45).
Khamis, 5 Ogos 2010
TAZKIRAH ADUN BANDAR BAHARU
SURAU TEBUK MAT RASHID , 4 OGOS . Rasullulah .s.a.w pernah menjelaskan bahawa terdapat 7 golongan yang mendapat perlindungan di akhirat kelak :
1. PEMIMPIN YANG ADIL
2. PEMUDA-PEMUDI YANG HIDUP DALAM KEADAAN BERIBADAH KPD ALLAH
3. SESEORANG YANG HATINYA TERIKAT PADA MASJID
4. DUA ORANG SAHABAT YANG BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
5. SESEORANG YANG DIAJAK BERZINA LALU MENOLAK KERANA TAKUT PADA ALLAH.
6. SESEORANG YANG BERSEDEKAH SEHINGGA TIDAK DIKETAHUI UMUM.
7. SESEORANG YANG BERZIKIR MENGINGATI KEPADA ALLAH LALU MENGALIR AIR MATA TAKUT DAN MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH.
1. PEMIMPIN YANG ADIL
2. PEMUDA-PEMUDI YANG HIDUP DALAM KEADAAN BERIBADAH KPD ALLAH
3. SESEORANG YANG HATINYA TERIKAT PADA MASJID
4. DUA ORANG SAHABAT YANG BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
5. SESEORANG YANG DIAJAK BERZINA LALU MENOLAK KERANA TAKUT PADA ALLAH.
6. SESEORANG YANG BERSEDEKAH SEHINGGA TIDAK DIKETAHUI UMUM.
7. SESEORANG YANG BERZIKIR MENGINGATI KEPADA ALLAH LALU MENGALIR AIR MATA TAKUT DAN MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH.
Langgan:
Catatan (Atom)
B
;








