Sumber: AGS 804
;
Khamis, 24 September 2009
LEMANG LINTANG 4, ADA UMPHHHH!!!!
19 September 2009."Kalau tak cuba buat, mana dapat dapat kemahirannya". Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menyediakan Lemang bakar.Sekali pandang memang nampak mudah tetapi hakikatnya memang sukar. Tambahan pula tiada pengalaman menyebabkan masyarakat tidak berminat untuk menyediakan juadah lemang di pagi raya. Lantaran itu, Ahli-ahli Lintang 4 dengan bantuan pakar membuat lemang dari Labu Besar cuba menghidupkan kembali budaya ini. Menurut Ketua Lintang 4, Ustz. Nazari "insyallah, dengan kemahiran yang kami dapat ini,aktiviti ini akan dijadikan sebagai agenda setiap kali menjelang Hari Raya."Tegasnya lagi, kami tidak keberatan untuk berkongsi ilmu dengan lintang-lintang yang lain. Yang penting tradisi turun -temurun ini dapat dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak hilang dek ditelan zaman.
Ni dia Sifu lemang Labu Besar....jasamu tetap dikenang
Tengok betui2 cara nak gulung..sifu
B
;