;

Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU
BUAT SEMUA WARGA TBI
YANG BERGELAR GURU

" 1 ASPIRASI 1 AGENDA "

" TERIMA KASIH CIKGU "  

Selasa, 13 November 2012

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU AR-RASYID

TARIKH   : 13 NOVEMBER 2012
MASA  : 8.30 PAGI









Selasa, 8 Mei 2012

KHIDMAT BAKTI KOLEJ KOMUNITI BANDAR BAHARU RAPAT HUBUNGAN UKHWAH DENGAN PENDUDUK SETEMPAT.

 Bergambar bersama dengan penduduk setempat.
 Cikgu Jamil bersama pengarah Pusat Komuniti Kedah.
 Servis percuma yang disediakan oleh pusat komuniti -tukaq minyak hitam
 Sabar menanti...antara penduduk setempat yang mendapat servis percuma
 Makanan juga disediakan....
Khidmat bakti...pelajar kolej membersihkan surau Ar-Rasyid

Pak Lang MKK bergambar kenangan bersama tenaga pengajar kolej komuniti BB.
Ubi kayu gergasi berjaya dikeluarkan oleh pelajar kolej.

April 2012. Lebih kurang 50 orang pelajar-pelajar Kolej komuniti Bandar Baharu meluangkan masa mengadakan program Khidmat Bakti bersama penduduk-penduduk setempat di kawasan Bandar Baharu Kedah. Pengurusan Kolej komuniti memilih Surau Ar-Rasyid sebagai lokasi program pada kali ini. Antara khidmat bakti yang disediakan oleh Kolej Komuniti antaranya menyediakan perkhidmatan menukar minyak enjin motosikal secara percuma dan gotong-royong membersihkan surau Ar-Rasyid oleh pelajar-pelajar kolej komuniti.Menurut Pengerusi surau Ar-Rasyid, En.Jamil bin Samad, program seumpama ini wajar diteruskan kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk-penduduk setempat tetapi juga boleh melahirkan hubungan ukhwah dengan kolej tersebut.

Ahad, 18 Mac 2012

SEKITAR KENDURI PERKAHWINAN DI RUMAH EN.JAMIL BIN SAMAD

Taklimat oleh wakil tuan rumah...Pak Lang Don
Chef import.
Tukang bancuh air TBI.
Jiran taman juga turut membantu.
Tukang kacau aje...Faisal.
Cikgu Jamil...khusyuk memotong bawang
Tukang rasa profesional...
Sukarelawan TBI
Penyediaan nasi arab.
Bertanya khabar...
Kenapa kau Radhi? Janganlah nangis...Ust.Osman
Melayan tetamu
Chef-chef TBI sedang mengangkat dulang makanan untuk dihidangkan kpd pengantin.
Majlis dimulai dengan acara tahlil dan marhaban
Basuh pinggan diambilalih oleh generasi ke-2 TBI
Buboq kacang istimewa.
Ingin kuterbang menggapai awan....Pozi
Pasangan pengantin diarak oleh pasukan kompang dari bukit Mertajam
Sama padan,cantik indah mata dipandang.
Rasa masakan istimewa dari tukang masak TBI
Raja sehari...tersenyum girang pengantin perempuan(anak Pengerusi)
Kumpulan Wanita TBI turut serta menjayakan program walimatulurus.
Sumbangan untuk geng basuh pinggan.
Terima kasih Pak Lang Don..wakil tuan rumah
18hb Mac 2012. Sempena Majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi TBI,sekali lagi kesemua ahli persatuan berganding bahu bersama-sama menjayakan majlis walimatulurus yang dibuat secara gotong-royong. Dalam pada itu, Pengerusi TBI Encik Jamil bin Samad mengambil mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga TBI di atas bantuan dan sokongan bagi menjayakan majlis walimatulurus tersebut.Beliau juga melahirkan perasaan syukur dan gembira kerana hasrat dan keinginan beliau untuk menyatukan semua warga TBI dalam majlis tersebut boleh dikatakan berjaya.Walau bagaimana pun bagi pihak Warga TBI, kami ingin mengucapkan tahniah kerana bertambahnya seorang lagi menantu lelaki dan mudah-mudahan pasangan pengantin tersebut kekal bahagia sepanjang hayat.

Sabtu, 7 Januari 2012

KESYUKURAN....

Tersergam indah...Rumah Pengerusi TBI setelah diubahsuai.
Jiran tetangga juga turut membantu.




Kak Nah," Cikgu Jamil tambah rumah tak pa, jangan tambah yang lain sudah la..


Ruang tamu yang diubahsuai.


Cikgu Jamil b. Ramli mantan Pengerusi TBI


Isteri En.Radzi.....memilih juadah pilihan


Ust.Abu Naim," Enta dah tambah rumah, lepas ni leh tambah orang rumah pulak.he,he...


Ahli masjid juga turut dijemput.


Antara tetamu yang diundang.



7 JULAI 2012. Sempena menduduki rumah baru yang telah diubahsuai, En.Jamil bin Samad (Pengerusi TBI) telah mengadakan jamuan kenduri sebagai tanda kesyukuran. Beliau berpuas hati apabila rumah yang diubahsuai dengan nilai 41 ribu oleh kontraktor tempatan dapat disiapkan dalam jangka waktu yang ditetapkan. Menurut beliau, hasrat untuk membesarkan rumahnya sudah lama diimpikan .Namun begitu, pada tahun ini baharu hasrat itu tercapai.

Tambah beliau, pengubahsuaian rumah amat perlu memandangkan anak-anak semakin membesar dan mereka amat memerlukan ruang rumah yang selesa.Bagi menambahkan keberkatan, majlis kenduri kesyukuran itu dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat.

PROGRAM ASYURA RAPAT UKHWAH KOMUNITI TAMAN

Bertanya Khabar sebelum program bermula.

Bertungkus-lumus menyediakan ramuan bubur asyura

Penglibatan yang menggalakkan dari semua komuniti taman

Sempat berbincang masalah negara.

Wahid tidak dapat bersama mengacau bubor kerana terpaksa membaiki tayar kereta
Wajanya yang pancit.

Tu dia Chef Buboq asyura TBI....Mat Nor

En.Pozi sedang menikmati juadah kali yang ke.................

Minuman juga disediakan oleh pembacuh air profesional

Ni wakil pengacau bubuq Taman Berlian Indah 2
Bersemangat...

Uji kekuatan mengacau.

Sempat bergaya...

Sepakat...

Agih bubur asyura kepada setiap komuniti

Ustaz Abu Naim Cahaya Intan turut beri sokongan.


7 JANUARI 2012. Bulan Muharram sudah sinonim dengan amalan menyediakan bubur asyura dikalangan masyarakat Melayu. Boleh dikatakan saban tahun masyarakat melayu tidak ketinggalan berusaha menyediakan bubur asyura samaada dibuat secara persendirian mahupun bergotong-royong. Namun begitu, situasi hari ini masyarakat melayu mengambil iniasif menyediakan bubur asyura secara bergotong-royong. Hakikatnya, amalan bergotong-royong inilah secara tidak langsung dapat merapatkan ukhwah dikalangan masyarakat Melayu. Menyedari kepentingan itu, sekali lagi pada tahun ini, Persatuan Taman Berlian Indah menganjurkan Program Mengacau Asyura Perdana yang melibatkan sebahagian besar komuniti taman di kawasan Bandar Baharu. Menurut En.Jamil Samad( Pengerusi TBI) program yang dianjurkan ini sebenarnya adalah kesinambungan daripada program yang dianjurkan pada tahun lepas. Menurutnya lagi, adalah wajar program yang cukup bermakna dan memberi impak positif dari segi merapatkan ukhawah sesama ahli dan komuniti lain perlu diadakan dari semasa ke semasa.

SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;