;

Isnin, 27 September 2010

RUMAH TERBUKA TBI MERIAH

BANDAR BAHARU, 25 SEPTEMBER 2010.Jamuan Sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran TBI yang diadakan di Taman Permainan kanak-kanak TBI disambut meriah. Jamuan yang bermula
dari 8.30 malam hingga 10.00 malam itu dihadiri dari taman-taman berhampiran, jemaah masjid Bandar Baharu dan kampung-kampung yang berhampiran. Pengerusi TBI, En.Jamil bin Samad melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kehadiran tetamu yang diluar jangkaan. Majlis pada tahun ini agak berbeza kerana ia dijalankan sebelah malam berbanding dengan tahun-tahun lepas yang diadakan sebelah siang.
Pemandangan dari jauh.
Menu laksa Lintang 4.
Agak sesak dengan kehadiran tetamu diluar jangkaan.
Sambutan menggalakkan...
Jemaah masjid Bandar Baharu turut diundang.
Kaum ibu TBI
Generasi baru TBI
Waduhhh...makanan cukup ke ni?
Tauke cendol...ada gaya tersendiri.
Pemerhati jemputan dari TBI
Best...tahun depan jangan lupa jemput kami lagi.
Tinggal banyak ni lagi...rasa cukup kot!
Cendol jadi rebutan
Cendol madu...zahir and the geng.
Makan pun nak kena pilih jugak.
Sedap weiiii!!!!
Apa tengok2 ustaz...aku baru nak makan kali ke 4 ni?-zamri

Amboi Pengerusi TBI kita, senyum la sikit!
Anak-anak sapa ni dok melepak malam2?
Wakkakaa!!!!....sampai hati korang semua makan tak tinggal kat aku...

Khamis, 9 September 2010

SALAM AIDILFITRI BUAT WARGA TBI


PAGI 29 RAMADHAN...

Dari Ibnu Abbas r.a.,katanya Nabi s.a.w bersabda : Carilah malam Qadar itu pada sepuluh yang akhir dari Bulan Ramadhan. Malam itu berada pada hari kesembilan, tujuh atau lima yang akhir (dari bulan itu.)
Matahari kelihatan suram

Suasana pagi yang hening dan damai


Selasa, 7 September 2010

KEINDAHAN AWAN MENJELANG MALAM 29 RAMADAN

SMK ABU BAKAR AL-BAQIR. 7 SEPTEMBER. SUBHANALLAH....MAHA SUCI TUHAN YANG MENJADIKAN SESUATU BENDA DALAM BENTUK YANG INDAH. MENAKJUBKAN GAMBAR AWAN YANG ANA AMBIL PAGI TADI KAT SEKOLAH. KEBETULAN MALAM INI, MALAM 29 RAMADAN, MALAM GANJIL.ADAKAH MALAM INI MERUPAKAN MALAM YANG KITA NANTI-NANTIKAN.APA-APAPUN JANGAN LUPA UNTUK BUAT SESUATU PADA MALAM NI.








Sepakat Membawa Berkat

TERIMA KASIH CIKGU JAMIL

MUKADIMAH: TOK-TOK IMAN MUDA TENGAH DOK CARI IDEA SAPA YANG NAK JADI IMAN TARAWIKH MALAM NI. AGAKNYA KITA BAGI YANG BAJU OREN JADI IMAN DULU.RASANYA YANG BAJU BIRU MESTI SETUJU DAN DISOKONG DENGAN BAJU KELABU DENGAN LAFAZ SETUJUUUUUUUUUUU.

SURAU TEBUK MAT RASHID, 6 SEPTEMBER 2010.Terima kasih yang tidak terhingga buat Cikgu Jamil dan sekeluarga di atas kesudian menganjurkan majlis berbuka puasa sekali lagi pada tahun ni.Mudah-mudahan, usaha ini mendapat keberkatan dari-NYA.
Murah rezeki
Ni saya masak sendiri.
Sabar menunggu waktu berbuka
Sup menu utama.Boleh tahan sedapnya!!!
Brader yg dok tuang air tu mcm ada pengalaman aje..teruskan.
Align CenterSempat lagi berborak.


JASAMU DIKENANG

BANDAR BAHARU, 6 SEPTEMBER 2010. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan guru al-quran dan golongan bidan kampung sememangnya memain peranan penting dalam masyarakat suatu ketika dahulu. Namun begitu, peralihan zaman kadang-kala membuatkan kita telah lupa terhadap jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh mereka. Atas kesedaran ini, pihak kerajaan negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Daerah Bandar Baharu telah memberi sedikit sumbangan bagi mengiktirafkan peranan golongan ini dalam masyarakat.

Ir.Pharolrazi..menyampaikan sumbangan
Adun Bandar Baharu turut hadir.
Menu utama disediakan oleh Cikgu Mat.
Antara tetamu yang hadir
Barisan MKK

SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;