;

Rabu, 25 November 2009

PENGHAYATAN HARI RAYA AIDILADHA

AIDILADHA yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.

Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Olehitu,sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah. Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA MUDAH-MUDAHAN KITA SEMUA SENTIASA MENDAPAT RAHMATNYA.




Sabtu, 21 November 2009

MAI PAKAT DERMA



SESIAPA YANG BERMURAH HATI, MAI KITA PAKAT-PAKAT DERMA UNTUK ADIK AHMAD ADAM BIN JIMI YANG AKAN BERLEPAS KE INDIA BAGI MENJALANI PEMBEDAHAN JANTUNG BERLUBANG. DENGAN PERTOLONGAN DAN BANTUAN KITA INI MUDAH-MUDAHAN ALLAH AKAN MELETAKKAN KITA MENJADI GOLONGAN YANG BERTAKWA.
INGIN MENYUMBANG BOLEH HUBUNGI :
1.PENGERUSI TBI
2.KETUA-KETUA LINTANG.

TAMAN INDAH KOMUNITI CERIA KEDAH SEJAHTERA.

21 NOVEMBER 2009. Kebersihan, keindahan dan keceriaan menjadi keutamaan dalam membentuk komuniti yang sejahtera.Atas dasar itu, sekali lagi penduduk-penduduk Taman Berlian Indah mengadakan gotong-royong bagi memastikan persekitaran Taman Berlian Indah benar-benar bersih dan indah.

Badan wa masih tegap lagi maa...sapa cakap wa lemah maa..
Ni dia emas hitam... sayang sekali tak dak harga.
haiya itu olang, mana pernah bikin ini keleja.cangkulpun talak kena maa.
Hati-hati jangan cangkul jalan tar sudah la..
Huyoo!!! bab korek ni wa caya sama lu la pozi..

Ni dia calon pekerja lelaki terbaik MBB.

Depa ni buat keja atau tak buat keje ni..mandur Sofi
Ambil kesempatan bincang masalah negara
Ni dia orang pertama yang menjamu selera
Terima kasih semua...sepakat membawa berkat.










Jumaat, 20 November 2009

JAGA 7 SUNNAH RASUL

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme."

wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Ahad, 15 November 2009

IHTIFAL PASTI AL-MANAR KALI KE-3.

Pelajar Pasti Al-Manar 6 Tahun-"We are the best"
Kami muslimah harapan negara
Pengacara majlis...Ustz.Firdaus Saifuddin from Mesir .
menjamu selera...
Tengok kamera dik..nak masuk dalam TV3 ni!
Tahniah!! jadi anak yang baik ye!
Tengok tu,mak adik senyum aje tengok kejayaan adik!
Belajar rajin-rajin ye dik!!
Untuk ana ke? terima kasih....-Dr.Sufian
Haji Yusof Menyampaikan cenderhati kpd
perasmi-En.Marzuki.
15 NOVEMBER 2009. PASTI Al-Manar Bandar Baharu sekali menganjurkan Majlis Ihtifal bagi kali yang ke-3.Majlis Ihtifal ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar Pasti yang berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik.Menurut Encik Saifuddin Mohamed, majlis ihtifal pada kali ini diadakan secara sederhana sahaja tetapi sambutan cukup meriah kerana mendapat sokongan daripada ibu bapa. Beliau berharap ibu bapa terus menghantar anak-anak mereka di Pasti ini sebagai langkah awal untuk memberi pendidikan awal yang berteraskan kurikulum Islam.Majlis Ihtifal tersebut telah dirasmikan oleh En.Marzuki selaku Pengarah Pasti Kulim Bandar .
Mem0:Ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka di Pasti Al-Manar,sila hubungi individu berikut :

1. Cikgu Mohd Jasni Bin Mahamud
2.Tuan Haji Yusof Ijat (mudir)
3.Guru Pasti Al-Manar.

Khamis, 12 November 2009

KG PERMATANG PASIR DAN TEBUK MAT RASHID WUJUD RUKUN TETANGGA

Demi keselamatan...RT berjaya diwujudkan di kg Pmt.Pasir/Tebuk Mat Rashid
Saifuddin (bersongkok putih)MKK Pmt.Pasir menjadi penaja
kpd penubuhan RT.

Sokongan padu daripada golongan belia.

10 NOVEMBER 2009. Tidak dapat dinafikan Rukun Tetangga memang sedikit sebanyak berperanan untuk mencegah jenayah pecah rumah terutamanya yang berlaku pada waktu malam. Dengan adanya Rukun Tetangga sekurang-kurang dapat mengurangkan kes jenayah pecah rumah daripada terus berleluasa.Mengikut Statistik daripada pihak polis, kawasan Bandar Baharu merupakan sasaran utama untuk penjenayah melakukan kegiatan tersebut. Oleh itu, perlu ada sesuatu tindakan daripada masyarakat sendiri untuk membendung kegiatan ini. Atas dasar kebertanggungjawaban sosial ini, MKK Kampung Permatang Pasir(Saifuddin Mohamed) dan MKK Tebuk Mat Rashid (Pak Lang Don )mengambil inisiatif mewujudkan Rukun Tetangga bagi mengawasi kedua-dua kampung tersebut dari dicerobohi oleh "Kaki Pecah Rumah"yang menjadi ancaman kepada penduduk-penduduk kampung tersebut terutamanya menjelang waktu dinihari.

Sabtu, 7 November 2009

PERSATUAN TBI TUBUH BIRO KHAIRAT KEMATIAN

Perjalanan Terakhir...Mencari kata putus...

Penyelesaian...Biro Khairat kematian ditubuhkan
diterajui oleh Cikgu Chot dan En.Zahir



7 NOVEMBER 2009. Mesyuarat jawatankuasa Persatuan TBI yang diadakan pada malam ini sebulat suara bersetuju menubuhkan Biro Khairat Kematian yang selama ini diletakkan sebagai satu badan yang berasingan. Menurut Pengerusi Persatuan TBI, Encik Jamil Abdul Samad penubuhan Biro Khairat kematian ini penting bagi memudahkan urusan kutipan wang ahli dan sekaligus mengelakkan daripada masalah-masalah yang berbangkit." Selama ini urusan kutipan wang ahli khairat kematian dan pembayaran kepada pihak masjid dilakukan oleh badan Khairat Kematian yang dilantik oleh pihak masjid, bukan diurus oleh pihak persatuan," . Oleh itu, bagi memantapkan urusan kutipan wang ahli khairat seeloknya ia perlu diletakkan dibawah pengurusan Persatuan TBI, tegasnya". Dalam pada itu, jawatankuasa persatuan TBI bersetuju melantik Encik Mansor (cikgu Chot) dan En.Zahir bagi menerajui Biro khairat Kematian TBI yang baru.

Jumaat, 6 November 2009

KENAPA ALLAH CIPTA NERAKA?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.


Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.


Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?


Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz."Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita.


Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."

SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;