;

Selasa, 29 September 2009

LEPAS GERAMMM.

Bulan Ramadan banyak menguji kita erti kesabaran. Ramadan juga berjaya mengekang pelbagai bentuk nafsu kita. Dalam erti kata lain, Ramadan merupakan madrasah yang melahirkan insan yang mulia, suci dan tawaduk kepada Allah s.w.t. Banyak hikmah yang diperolehi seandainya kita benar-benar menghayati isi Ramadan. Persoalannya? Adakah Ramadan yang kita baru lalui ini mampu mengubah segala bentuk isi hati. Hanya kita sahaja yang dapat merasainya...

Cuba teka sapa dia......

Ahad, 27 September 2009

Jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri




Sepakat Membawa Berkat

Sabtu, 26 September 2009

PEMBAYAR ZAKAT FITRAH TERBAIK 2009

Aku nikah kan Pak Hashim dengan....oppsss silapp!!!
Zakat fitrah tahun ni Rm7 aje..nak bagi lebih pun tak pa.

NInilah zakat fitrah yang wajib ke atasku..blaa. blaaa..tunai!!!


Sepakat Membawa Berkat

Khamis, 24 September 2009

LEMANG LINTANG 4, ADA UMPHHHH!!!!

19 September 2009."Kalau tak cuba buat, mana dapat dapat kemahirannya". Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menyediakan Lemang bakar.Sekali pandang memang nampak mudah tetapi hakikatnya memang sukar. Tambahan pula tiada pengalaman menyebabkan masyarakat tidak berminat untuk menyediakan juadah lemang di pagi raya. Lantaran itu, Ahli-ahli Lintang 4 dengan bantuan pakar membuat lemang dari Labu Besar cuba menghidupkan kembali budaya ini. Menurut Ketua Lintang 4, Ustz. Nazari "insyallah, dengan kemahiran yang kami dapat ini,aktiviti ini akan dijadikan sebagai agenda setiap kali menjelang Hari Raya."Tegasnya lagi, kami tidak keberatan untuk berkongsi ilmu dengan lintang-lintang yang lain. Yang penting tradisi turun -temurun ini dapat dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak hilang dek ditelan zaman.
Ni dia Sifu lemang Labu Besar....jasamu tetap dikenang

Tengok betui2 cara nak gulung..sifu
Nak bubuh daun pisang ni pun kena ada skill juga.

Pegawai pemerhati...lepas ni kena check kualiti lemang.

Semua sudah siap...tunggu arahan seterusnya.


Nah ahhh!!!! guna kipas angin bakar lemang.


Sumber: AGS 804

KENDURI KERANG REBUS

16 September 2009. Pengerusi Persatuan TBI. En.Jamil Abdul Samad buat pertama kalinya mengadakan majlis Kenduri Kerang Rebus sebagai tanda kesyukurannya sempena bulan ramadan yang hampir ke penghujungnya. Majlis ini dihadiri oleh penduduk-penduduk TBI, jemaah dari Surau Tebuk Mat Rashid dan jemaah Masjid Al-Halimi Bandar Baharu. Semoga Pengerusi Kita beroleh kemurahan rezeki dan mudah-mudahan dapat mengadakan kenduri Kerang Rebus ini dari masa ke semasa.Tu dia pengerusi kita...mudah-mudahan tahun depan dapat buat lagi kenduri kerang ni.

Al-hafiz Iman jemputan Masjid Bandar Baharu juga turut hadir
Tengok apa Brahim?makan la kerang tu.
Camna? ok tak kerang tok ketua kita ni....wahid
Budak2 tak leh makan banyak sgt kerang ni.

Isnin, 14 September 2009

JOM BAYAQ ZAKAT

Ramadan al-mubarak yang akan meninggalkan kita tidak beberapa hari lagi, sudah pasti menjadikan kita semakin sibuk terutamanya untuk membuat persiapan hari Raya Aildifitri.Dalam kesibukan itu, kadang-kala menjadikan kita terlupa untuk mengeluarkan zakat fitrah.
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1.Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2.Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3.Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4.Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Oleh itu sebelum berakhirnya Ramadan marilah ramai-ramai kita laksanakan dahulu kewajipan ini . Bagi memudahkan mereka yang ingin mengeluarkan zakat, persatuan penduduk TBI telah menjemput amil yang dilantik utk mengutip zakat seperti berikut :

Tempat : Di Rumah Cikgu Jamil ( Tok ketua )
Tarikh : 16 september 2009 (Hari Rabu-waktu petang)

Sabtu, 12 September 2009

SALAM AIDILFITRI

22 SEPTEMBER 2009. Tinggal seminggu lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Di kesempatan ini, En.Jamil Bin Samad selaku Pengerusi Taman Berlian Indah mewakili AJK TBI ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga TBI.Sebelum kita menyambut hari Lebaran tersebut, beliau juga mengingatkan supaya setiap warga TBI dapat mengeluarkan zakat fitrah kpd amil yang dilantik iaitu En .Hashim ( TOK SIAK ) masjid Halimi.

Selasa, 8 September 2009

BERKAT RAMADAN

8 SEPTEMBER 2009. "Sesungguhnya memberi makan kepada orang berpuasa besar fadilatnya".Lantaran itu, sekali lagi pada tahun ini Persatuan Penduduk Taman Berlian Indah telah menganjurkan majlis berbuka puasa yang diadakan di Masjid Halimi Bandar Baharu Kedah.Menurut Pengerusi TBI En. Jamil Samad, bulan yang penuh berkat ini perlu disemarakkan dengan aktiviti yang boleh meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Beliau juga mengesyorkan supaya setiap ahli persatuan banyak melakukan sedekah jariah kerana amalan sedemikian boleh memberi keberkatan dalam kehidupan.
Dalam masa yang sama juga, Persatuan TBI juga memberi sedikit sumbangan untuk majlis berbuka puasa di Surau Al-Irsyad Tebuk Mat Rashid.


Siap terhidang.

Antara tetamu yang hadir.


Syukur...masih sempat lagi berbuka




Cikgu Jamil Bersama dengan Tok Iman (Haji Osman Jafri )

Siap sedia untuk berbuka.


Belum boleh lagi Aji Deris..

Antara menunya...ikan keli bakar

Rasa macam kenai...hah Brahimmm .

Cikgu Azali pun ada.

Solat maghrib berjemaah.

Masjid Al-Halimi Bandar Baharu
Sumber :AGS804

SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;