;

Sabtu, 31 Oktober 2009

PAKAT-PAKAT BERINGAT, DUNIA HAMPIR KIAMAT


Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu.


a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada ta hun 2066


b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....


c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada ta hun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066 Wallahu 'alam... Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri.. . Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sa ma-sama kita doakan kesejahter aan untuk semua umat Islam.

Rabu, 28 Oktober 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA TINDAKAN DAERAH BANDAR BAHARU,KEDAH DARUL AMAN BIL.06/2009 -26 OKTOBER 2009 .BERTEMPAT DI PEJABAT DAERAH BANDAR BAHARU.

Saya telah mengemukakan permasalahan dibawah bagi mesyuarat kali ini.
1. Permohonan daripada pihak Jawatankuasa Masjid Bandar Bharu untuk membina sebuah menara Masjid bagi tujuan memperlengkapkan struktur pembinaan masjid. Saya dapati kompleks Masjid Bandar Bharu tidak mempunyai sebuah menara masjid sebagaimana lazimnya sebagai suatu struktur “wajib” sesebuah masjid;

2. Permohonan penduduk dan anak kariah Masjid Hijau di Relau untuk sebuah dewan serbaguna bagi kegunaan anak kariah masjid.

3. Permohonan penduduk terutama golongan belia Bandar Bharu untuk sebuah gelanggang sepaktakraw (seelok-eloknya jenis tertutup) dibina dikawasan tepian Sg. Kerian berdekatan penambang untuk kegiatan riadhah mereka;

4. Permohonan penduduk terutamanya golongan belia di kawasan Selama untuk sebuah gelanggang futsal bagi kegunaan kegiatan riadhah dan sukan mereka;

5. Permohonan penduduk di Parit Nibong, Parit Teropong, Parit Besar, Sg. Kecil Ulu, Sg. Kecil Hilir, Kg. Tebuk Mat Rashid, Kg. Permatang Pasir, dan umumnya kawasan Bandar Bharu untuk suatu projek tebatan banjir segera dilaksanakan.(* Buat makluman, masalah projek tebatan banjir ini sudah saya kemukakan bagi sesi sidang Parlimen bermula 19.10.2009. Insyallah saya akan kemukakan penjelasan YB Menteri kepada pihak tuan apabila diperolehi jawapannya).

6. Permohonan pelajar dan guru serta sekolah-sekolah sekitar Serdang untuk Perpustakaan Serdang dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu kerana itu sahaja hari cuti yang mereka ada untuk menggunapakai perpustakaan tersebut;

7. Permohonan khusus daripada En. Abdul Razak Bin Mohamed Rejab (KP No: 1929533) yang kini menyewa di rumah Depan Balai Polis, Lubok Buntar, Serdang untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk membina rumah sendiri. Saya dimaklum bahawa beliau sudah mempunyai tapak sendiri. Sebagai alternatif, beliau memohon penempatan dirumah Keda atau mana-mana perumahan rakyat sekitar Lubok Buntar atau Serdang.

8. Sukacita juga jika dapat pihak tuan memberikan respon terhadap cadangan saya untuk mengadakan suatu Forum Perdana di kawasan Masjid Bandar Bharu. Saya telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan yang secara prinsipnya bersedia mengadakan Forum tersebut.
Diwaktu yang sama, saya mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak dikalangan jabatan/ agensi kerajaan untuk menghubungi saya jika terdapat perkara dirasakan saya boleh membantu untuk membawa apa-apa perkara, permasalahan atau isu ke peringkat pusat samada pihak kementerian, jabatan dan/ atau agensi Kerajaan Pusat.Wassalam dan terima kasih.

Yang benar
Zulkifli Bin Noordin( AHLI PARLIMEN KULIM/BANDAR BAHARU)
Isnin
07 Zulqaedah 1430 / 26 Okt 2009

Ahad, 25 Oktober 2009

AIR KELAPA MUDA JENAMA KATAN

AIR kelapa bukan sahaja sebagai air minuman penghilang dahaga terutamanya ketika musim panas. Tetapi, sebenarnya air kelapa muda ini mempunyai banyak khasiat dan nilai gizi makanan yang hebat.

Hasil kajian juga mendapati air kelapa kaya dengan potasium dan mineral. Antara mineral yang terdapat dalam air kelapa seperti kalium (K), natrium (Na), kalsium (Ca), magnesium (Mg), ferum (Fe), kuprum (Cu), fosfor (P), dan sulfur (S). Selain itu ,air kelapa juga mengandungi gula (antara 1.7 hingga 2.6 peratus) dan protein (0.07 hingga 0.55 peratus). Lebih menariknya lagi dalam air kelapa mempunyai berbagai vitamin, seperti vitamin C dan vitamin B kompleks.Sudah semestinya kandungan air kelapa yang penuh khasiat ini dapat menjadi penghalang kepada serangan-serangan penyakit yang berbahaya.

Memandangkan begitu banyak khasiatnya, eloklah kita jadikan air kelapa itu sebagai minuman rutin harian. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Bandar Baharu Kedah, air kelapa Jenama KATAN sudah menjadi agak popular dikalangan penduduk setempat kerana rasa air kelapa mudanya mempunyai citarasa yang tersendiri.Bak kata pepatah "Minum sekali pasti nak lagi ".Tambahan pula harganya yang berpatutan sudah semestinya dapat dibeli oleh semua lapisan masyarakat.

pelanggan tetap...

Air kelapa Jenama Katan...mai secawan!!!!

sumber:AGS804

Khamis, 22 Oktober 2009

AMARAN TUHAN



MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

PAGAR DIRI & KELUARGAMU DARI SIHIR DAN ILMU HITAM

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim

Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguh nya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi".Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Sekian wassalam

Sabtu, 17 Oktober 2009

PUSAT KOMUNITI BANDAR BAHARU JADI PILIHAN

17 OKTOBER 2009. Pusat komuniti Bandar Baharu menjadi pilihan utama bagi mengadakan mesyuarat AJK TBI bagi kali kedua.Pusat komuniti itu dipilih berdasarkan kemudahan yang disediakan di pusat itu serta kadar sewa yang tidak ditetapkan.Secara tidak langsung, keselesaan bilik mesyuarat sedikit sebanyak telah melancarkan perjalanan mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat pada kali banyak menyentuh tentang post-mortem majlis jamuan hari raya yang diadakan pada 12 September yang lalu. Dalam pada itu, Pengerusi TBI, En.Jamil bin Abd.Samad mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.Beliau juga menyarankan supaya kerjasama yang baik dan lebih ceria dapat ditunjukkan oleh ahli-ahli persatuan TBI. Mesyuarat kali ini juga turut melibatkan kaum wanita."Penglibatan kaum wanita juga penting, sekurang-kurangnya kami juga dapat memberi idea dan pandangan bagi menjayakan setiap program yang akan dirancang"Tegas Puan Asiah yang turut dipilih bagi mewakili kaum wanita Lintang 3.
Antara agenda lain yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah pembentukan biro-biro baru serta lantikan setiap pengerusi biro.Keputusannya adalah seperti berikut :
1. BIRO PERPADUAN - EN. ZAMRI
2.BIRO ICT - EN.FAUZI
3.BIRO KECERIAAN/KEBERSIHAN - EN.SOFI
4.BIRO KESELAMATAN - EN. RADZHI
5.BIRO KEROHANIAN - EN.MOHD NOOR ABD.HAMID
6.BIRO SUKAN/REKREASI - EN. ZAHIR
7.BIRO BERITA/PUBLISITI - EN. MOHD JASNI
Pengerusi dan setiausaha...gandingan mantap

Kaum wanita juga turut terlibat

Suasana dalam bilik mesyuarat

keselesaan diutamakan .

Lawa tak handphone baru aku ni...

Eh, Wahid kau pernah makan ke daun pisang ni?

Dok tengok apa tu cikgu Jamil?








Selasa, 13 Oktober 2009

GEMPA BUMI DI INDONESIA TERCATAT DALAM SURAH AL-ISRAA' DAN AL-ANFAAL.


Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 September dan 1 oktober baru-baru ini cukup memilukan.Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dashyat ini sukar dianggarkan.Namun peristiwa sedemikian, tidaklah berlaku secara spontan atau hanya sebagai fenomena alam tetapi al-Quran telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh didapati dalam banyak surah dan ayat dengan tujuan untuk membimbing umat manusia agar beriman, bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt.


Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 September tempohari ialah tepat jam 5.16 pm atau jam 17 :16 dan gegaran kedua berlaku pada jam 5.58 atau jam 17:58. Sementara esoknya ( 1 Oktober 2009 ) jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi.


Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al-Quran, kita akan temui persamaan seperti berikut :

Jam 17: 16= Surah ke 17 ayat ke 16 ), Jam 17:58 = Surah ke 17 ayat 58 dan Jam 8.52=Surah ke 8 ayat ke 52.


Secara Indeknya surah ke 17 ialah surah al-Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al-Anfal.


Lihat Terjemahannya :

Surah 17(al-Israa') ayat 16- "dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri , maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."


Al-Israa' ayat ke 58 : Tidak ada sesuatu negeri pun ( yang durhaka penduduknya), melainkan kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau kami azab(penduduknya) dengan azab yang sangat keras.Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz ).


Surah ke 8(Al-Anfaal) ayat ke 52 : ( Keadaan mereka ) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat keras siksaan-Nya."


MORALNYA: Ayat-ayat dia atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt serta banyak melakukan perbuatan mungkar dan maksiat. Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil boleh berlaku di negara kita Malaysia. Sebelum datangnya kemurkaan Allah ke atas kita, marilah kkita kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar(Zina, pergaulan bebas, pendedahan aurat, judi, arak, rogol, rompak, rasuah, salahguna kuasa,zalim ) agar seluruh rakyat dan negara diberkati dan dirahmati oleh Allah swt.


disunting oleh :AGS804

Jumaat, 9 Oktober 2009

HAYATILAH PERJUANGAN AL-SYAHID SHEIKH AHMAD YASSIN

AL-SYAHID SHEIKH AHMAD YASSIN


AL-FATIHAH, BUAT SHEIKH AHMAD YASSIN




Ketika pihak rejim Zionis Israel memberikan peluang kepada tahanan HAMAS di penjara pusat Nablus untuk ditukarkan ke Kufr Yuna pada tahun 1994, Farid Ziadah, salah seorang aktivis HAMAS yang dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis tidak melepaskan peluang tersebut. Ini kerana itulah sahaja peluangnya untuk bertemu dengan seorang individu yang hebat yang sentiasa beliau impikan untuk bertemu dengan individu tersebut.Ketika beliau ditemui untuk di wawancara di rumahnya di sebuah kampung yang bernama Madama di Selatan Nablus, beliau telah mengimbas kembali kenangannya bersama Syeikh Ahmad Yassin di penjara Kufr Yuna yang tidak dapat dilupakannya. Beliau telah menceritakan bagaimana sepanjang tempoh beliau bersama dengan Syeikh Yassin di dalam satu sel untuk berkhidmat kepada pejuang agung tersebut dan amat berbangga dengan tempoh yang beliau habiskan untuk khidmat tersebut.
Ziadah menceritakan: Ianya semua bermula apabila para tahanan HAMAS diberikan peluang untuk berpindah ke penjara Kufr Yuna di mana Syeikh Yassin tinggal. Saya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu lebih dekat dengan Syeikh Yassin yang merupakan satu gambaran kepada mukjizat keimanan di zaman ini.
Ziadah menambah lagi : Bukan hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk bertemu dengan Syeikh Yassin , malah ramai lagi yang terdiri daripada penyokong-penyokong dan murid- murid Syeikh turut meminta untuk bersama dengannya. Keadaan ini telah memaksa anggota- anggota HAMAS di penjara pusat Nablus untuk melakukan undi bagi memilih siapa yang layak untuk dipindahkan ke Kufr Yuna demi memberikan khidmat kepada Syeikh Yassin yang amat mereka sayangi. Ditakdirkan oleh Allah, Ziadah telah terpilih untuk tugas yang mulia tersebut.

Program seharian Syeikh Ahmad Yassin di penjara Ziadah telah menceritakan hari-hari yang dipenuhi dengan kasih sayang, kerinduan, keimanan yang dilalui olehnya bersama dengan Syeikh Yassin dan juga keperitan yang dialaminya ketika berpisah dengan Syeikh tersebut, walaupun perpisahan tersebut adalah untuk pembebasannya dari penjara. Jika anda ingin memperkatakan tentang Syeikh Yassin, anda akan memperkatakan tentang program -program hidupnya yang padat, dan seolah-olah tubuhnya yang lemah itu bukanlah bekas untuk menampung ruh dan jiwanya yang besar dan aktif tersebut.
Beliau mengatakan : Beliau sentiasa bangun pada pukul 3 pagi untuk bertahajjud, membaca al-Quran sementara menantikan solat Subuh Al-Quran sentiasa menjadi teman karib Syeikh Ahmad Yassin
Waktu-waktu selepas solat Subuh beliau habiskan untuk bersama dengan tuhannya dengan membaca al-Quran. Waktu-waktu tersebut seolah- olah melupakan beliau terhadap kesempitan hidup beliau di penjara dan membuka keluasan rahmat Allah di hadapannya. Aktiviti tersebut berterusan sehinggalah pintu sel dibuka untuk para tahanan keluar untuk bertemu di antara satu dengan lain di dalam kawasan penjara.
Waktu tersebut digunakan oleh Syeikh untuk mengambil udara segar dan bertemu dengan para tahanan yang lain. Ziadah dan juga rakan- rakan yang lain memapah Syeikh yang ingin bersama dengan para tahanan lain yang melakukan riadah. Ia menunjukkan seolah-olah Syeikh tidak mahu menyerah dengan lumpuh yang dihadapinya, dan seolah-olah beliau ingin membuktikan kepada pegawai-pegawai penjara bahawa beliau tetap bertenaga dan tidak akan menyerah kalah.

Kami juga akan mengurut dan menggerak- gerakkan sendi-sendi Syeikh sebagai salah satu daripada rawatan terapi untuk tubuhnya yang lumpuh itu, dan kami bagai dapat merasakan darah yang mengalir itu terkandung di dalamnya semangat perjuangan yang tidak akan terpadam. Selepas itu kami akan masuk semula ke dalam sel, di mana Syeikh akan berwudhu dan bersolat dhuha, sambung beliau.

Perpustakaan yang intensif di dalam sel yang kecil
Selesai sahaja solat, Syeikh akan mengkhususkan waktunya untuk ilmu. Dia akan segera dibawa ke perpustakaan mininya yang intensif dengan pelbagai buku di dalam selnya yang kecil. Beliau tidak jemu menatapi helaian-helaian buku di perpustakaan tersebut demi menajamkan pemikirannya. Menurut Ziadah, beliau bukan hanya membaca, malah daya ingatannya yang kuat telah membolehkannya menghafal maklumat hatta isi kandungan buku-buku yang dibacanya. Beliau amat menggemari buku gal-Bidayah wa al-Nihayah(buku sejarah Islam) karangan Ibnu Kathir yang mengandungi 20 jilid. Beliau juga sering meminta pembantu-pembantunya untuk menguji ingatan dan hafalannya terhadap apa yang beliau dapat dari buku tersebut. Lebih menarik lagi, beliau ingatkan muka surat yang terkandung di dalamnya maklumat yang beliau telah baca.

Selesai aktiviti keilmuan, beliau akan bersolat Zohor bersama dengan pembantu- pembantunya, dan akan tidur selepas itu selama sejam, dan apabila beliau bangkit dari tidurnya beliau akan menghabiskan waktu menonton rancangan berita televisyen, mendengar radio dan juga mendengar nasyid-nasyid Islami. Beliau amat menggemari nasyid-nasyid Islami. Selepas aktiviti tersebut, Syeikh akan segera ke perpustakaannya kembali untuk membaca sehingga tiba waktu Asar. Selepas Asar beliau akan membaca al-Quran yang menjadi wirid hariannya. Selesai sahaja menghabiskan wirid-wirid tersebut, beliau aka n makan bersama pembantu-pembantunya. Mereka hanya makan makanan yang mereka masak sendiri sahaja dan bukan yang disediakan oleh pihak penjara. Selepas itu mereka keluar bersama untuk beriadah. Waktu riadah mereka diasingkan daripada waktu riadah banduan-banduan jenayah, agar mereka tidak bertemu dan tidak diganggu.
Syeikh akan kembali ke selnya untuk berwudhu dan mempersiapkan diri untuk solat Maghrib bersama dengan yang lain. Usai solat Maghrib mereka akan menunaikan solat sunat sambil menantikan waktu Isyak. Selesai solat Isyak, mereka akan bertadarrus dan menyemak hafalan al-Quran mereka bersama Syeikh.

Tidak untuk bermalas-malasan dan membuang masa
Syeikh tidak sukakan keadaan santai dan bermalas-malasan pada waktu malam. Beliau juga tidak suka berjaga sehingga lewat malam. Beliau juga amat sedikit meminum teh dan tidak langsung meminum kopi. Biasanya mereka akan berehat- rehat sahaja sebelum tidur.
Semangat Syeikh Ahmad Yassin membakar sehingga kini walaupun jasadnya hancur di mamah roket rejim Zionis

Beliau juga seorang yang amat mudah mesra dan suka bergurau, tetapi tidak berlebihan. Walaupun keluarganya tidak dapat menziarahinya selalu, namun beliau tidak pula merasakan kesedihan seperti kebanyakan banduan yang sentiasa merindukan ahli keluarga mereka.
Ziadah juga menceritakan bagaimana Syeikh menghidapi sakit perut dan telinganya dan sentiasa sabar menghadapinya. Telinganya juga tidak dapat mendengar dengan normal, malah para pembantunya sering memasangkan ear-phone untuk Syeikh mendengar televisyen.

Ziadah juga sempat menceritakan ketajaman pemikiran Syeikh Yassin dan juga keperibadiannya yang diwarnai dengan pelbagai warna politik, figur agamawan, figur intelek dan juga universalitinya. Ini semua membuatkan Syeikh mudah didampingi dan didekati oleh sesiapa sahaja.

Beliau sempat menceritakan perihal gelas kecil milik Syeikh Ahmad Yassin yang kelihatan agak lama digunakan olehnya. Bila beliau menawarkan untuk menggantikannya dengan yang baru, Syeikh segera menolak dan mengatakan gelas itulah temannya di penjara semenjak dahulu lagi. Syeikh juga mengatakan saiz gelas itu sesuai untuknya menyukat bilangan air yang diminumnya seharian.

Apabila dibalas oleh Ziadah bahawa beliau akan menggantikanya dengan gelas yang baru yang sama saiz dengannya Syeikh segera menjawab : Apalah untungnya menggantikan sesuatu yang lama dengan yang baru jika yang lama masih lagi elok

Perpisahan yang memeritkan
Ketika Ziadah menceritakan saat perpisahan beliau dengan Syeikh, beliau tidak dapat mengawal emosinya, dan air matanya bagaikan empangan yang pecah tanpa dapat dihalang alirannya. Kata beliau , Ketika pengurusan penjara memberitahu bahawa saya akan dibebaskan setelah selesai menjalani dua pertiga dari tempoh tahanan saya, saya langsung tidak berminat untuk keluar sepertimana halnya banduan-banduan yang lain. Saya merasakan keberadaan bersama Syeikh Yassin di dalam penjara lebih berharga buat diri saya, namun Syeikh memberikan semangat kepada saya untuk keluar dari penjara. Akhirnya saya akur dan menurut perintah Syeikh lantas keluar meninggalkan penjara tersebut.

Saat pengumuman pembebasannya oleh pihak mahkamah yang sepatutnya diserikan dengan perasaan kegembiraan bertukar kepada tangisan kesedihan kerana tidak sanggup menghadapi saat perpisahan dengan Syeikh Ahmad Yassin.
Seminggu sebelum tarikh pembebasannya dia berazam untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu dari Syeikh, namun semuanya berkecai apabila dia diperintahkan untuk dibebaskan dengan segera. Beliau walaubagaimanapun enggan meninggalkan Syeikh selagi pihak penjara tidak menghantar pembantu baru untuk Syeikh.
Apabila seorang pembantu baru yang didatangkan dari penjara lain dihantar kepada Syeikh Yassin, barulah dia dapat meninggalkan Syeikh tersebut. Saat perpisahan yang dilaluinya amat sedih dan pilu dan tidak mungkin beliau melupakannya. Dia masih terbayangkan bagaimana Syeikh Ahmad Yassin telah menyuruhnya pergi selepas beliau memeluk Syeikh dan tenggelam di dalam tangisannya. Susuk tubuh Syeikh melambaikan tangannya di lapang riadah masih terbayang di dalam kotak pemikirannya sehingga kini. Perpisahan kali pertama itu tidak akan dapat dilupakan sepertimana dia tidak melupakan perpisahan kali kedua apabila tubuh Syeikh Ahmad Yassin hancur dimamah roket tentera Israel.

Syeikh yang kuat berpuasa
Bukan hanya Ziadah seorang sahaja yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin. Sameeh Alawi, seorang anggota HAMAS dari Nablus juga pernah berkhidmat untuk Syeikh di dalam penjara selama 100 hari. Hari-hari bersama Syeikh Ahmad Yassin adalah saat-saat yang paling indah dalam hidupnya, walaupun sepanjang 100 hari tersebut mereka ditempatkan di dalam sel yang amat kecil yang tiada cahaya matahari dapat menerobos masuk ke dalamnya.
Sameeh ketika menceritakan perihal Syeikh Ahmad Yassin telah mengatakan : Syeikh akan bangun pagi dua jam sebelum solat Subuh untuk menunaikan Qiyamullail. Di siang harinya pula beliau amat rajin berpuasa. Beliau tidak ketinggalan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Beliau juga banyak menghabiskan waktunya untuk membaca al-Quran, dan mendengarnya bersama dengan para pemuda di penjara. Syeikh membaca 3 juzuk dalam sehari dan mendengar bacaan al-Quran sejuzuk sehari. Syeikh amat gemar membaca buku al-Bidayah wa al-Nihayah, mendengar berita dan juga menonton rancangan-rancangan agama di T.V

Menurut Alawi lagi : Para pemuda di penjara berlumba-lumba untuk berkhidmat kepada Syeikh. Mereka juga gemar mendengar kata-kata dan juga nasihat-nasihat Syeikh. Walaupun beliau tidak banyak bercakap, namun kata-katanya yang sedikit itu penuh dengan hikmah dan pengajaran.

Antara mereka yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau di dalam penjara ialah Syeikh Diyaf al-Samur dari Ramallah, di mana Syeikh telah menulis surat kepadanya dengan menggunakan tulisan tangannya sendiri dengan penuh kepayahan. Ini kerana Syeikh amat sayangkan beliau. Antara yang lain juga ialah Syeikh Naaji Sinqrit dari Khalil (Hebron), Syeikh Sameeh Zainuddin, seorang akauntan dari Bait Lid berdekatan dengan bandar Netanya, Syeikh Nidhal Abu Saadah dari Bait Dujan, dan juga Ir. Farid Ziadah dari Madama.

Hatta pegawai penjara pun sukakan Syeikh Yassin
Syeikh bukan hanya disukai oleh para pemuda muslim yang bersama dengannya, yang lebih menarik lagi, para pegawai penjara Israel yang berketurunan Yahudi pun ada yang mengkagumi dan menyukai beliau. Antaranya ialah salah seorang pegawai penjara yang merahsiakan namanya telah mengatakan : Saya tidak melihat apa-apa pun pada peribadi Syeikh Yassin yang menunjukkan beliau seorang pengganas.
Saya merasakan ketenangan dan juga berasa senang sekali jika dapat mengawalnya, hatta apabila berdiri berdekatan dengannya pun. Inilah yang mungkin dapat dirasakan oleh para pemuda yang telah berkhidmat kepadanya
Beliau menambah : Saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau (Syeikh) di dalam penjara ketika beliau bersama rakan-rakanya. Dan saya dapat merasakan bahawa HAMAS akan mengamuk jika Syeikh ini diapa-apakan oleh sesiapa pun. Beliau adalah bapa spiritual kepada HAMAS!. (Kenyataan ini telah dinyatakan oleh pegawai berkenaan di dalam sebuah rancangan Talk Show di salah sebuah rangkaian Televisyen Israel pada malam Sabtu 3 / 4 / 2003).
Note: sumber : maszlee malek"

Yassin diberkas buat pertama kali pada 1984 atas pemilikan senjata dan bahan letupan secarah haram, tetapi dilepaskan setahun kemudian di mana selaepas itu beliau mula membentuk Hamas, nama yang menjadi akronim bagi "Pergerakan Penentangan Islam."
Pada 1989, Sheikh Yassin ditangkap oleh Israel dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan mengarahkan pembunuhan orang Palestin yang bekerjasama dengan Israel

Beliau akhirnya dibebaskan pada 1997sebagai pertukaran dengan 2 agen Israel yang ditangkap di Jordan atas cubaan membunuh seorang pemimpin Hamas, Khaled Meshaal.
Hamas telah memberikan sumbangan berbentuk material melalui tabung kebajikan untuk sekolah-sekolah, klinik-klinik dan hospital yang menyediakan perkhidmatan per*****a kepada keluarga yang terdesak.
Sejak penubuhannya pada 1987, Hamas telah melaksanakan serangan-serangan.Pemimpin baru Hamas, Khaled Meshaal berjaya mengelakkan cubaan bunuh Israel yang besar terhadap Israel, menjadikan Zionis sebagai musuh paling utama. Hamas tidak mengiktiraf hak kewujudan Israel, sasaran jangka panjang mereka ialah pembentukan sebuah Negara Islam dengan sempadan-1948. Syeikh Yassin merupakan penentang utama terhadap Perjanjian Damai Oslo antara Israel dan Palestin,dimana beliau berkali-kali mengatakan bantahan pergerakannya terhadap sebarang pelan perdamaian Barat yang tidak menyatakan hak-hak penuh rakyat Palestin.

Walaupun beliau cuba untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan pihak berkuasa Palestin (PA), terdapat beberapa cubaan untuk menyekat aktiviti beliau. Pada Dec 2001, seorang lelaki mati dalam Pada September 2003, askar Israel cuba membunuh Syeikh Yassin ketika berada di rumah salah seorang ahli Hamas.

Syahid Yang Hidup - Kesan dan Prospek
Kesan serta-merta selepas pembunuhan Syeikh Yassin adalah luahan kemarahan seluruh dunia Islam serta perarakan tunjuk perasaan besar-besaran di jalanan di Negara Arab dan Islam. Pembunuhan itu berlaku hanya beberapa hari selepas bantahan antarabangsa dibuat sempena mengingati kempen setahun serangan US terhadap Iraq. Kejadian ini menyemarakkan lagi sentiment anti-US dan anti-Israel kerana marah dengan penjajahan US yang berterusan di Iraq. Lebih menarik lagi, US yang bersungguh-sungguh untuk mendirikan kerajaan pro-US di Iraq, dan memenangi hati dan fikiran orang awam di sana, mendapati tujuan mereka lebih sukar ekoran ribuan orang Iraq mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya, mengkritik pembunuhan Yassin oleh Israel.
Kemarahan orang Iraq terhadap pembunuhan Yassin bukan hanya meliputi puak Sunni sahaja. Ayatollah Ali Sistani, ulama besar Shiah dan orang paling berpengaruh di Iraq, menyeru umat Islam untuk bersatu menentang Israel, sementara Moqtada al Sadri, ulama Shiah yang lebih militan menawarkan kepada orang Palestin "sokongan moral dan fizikal. "Dalam suasana yang tegang ini, US yang dianggap sebagai dalang di sebalik tindakan Israel, telah menaikkan kemarahan orang Iraq lalu menyukarkan keadaan askar dan pegawai US di Iraq.

Secara dalaman pula, kesan atas pembunuhan Yassin adalah peningkatan kekuatan dan pengaruh Hamas di jalan raya Palestin, berkurangnya peranan pihak berkuasa Palestin (PA) selepas PA dilihat gagal dan tidak bersungguh-sungguh dalam melindungi pemimpin pergerakan penentangan Palestin walaupun mempunyai banyak hubungan keselamatan dengan pertubuhan keselamatan antarabangsa. Sebagai akibatnya, PA akan sukar untuk menentang Hamas - tindakan mengumpul senjata, menangkap militant atau menghalang pelancaran roket berpandu Qassam akan menjadi tindakan politik yang berbahaya buat PA.

Perkara lain yang mungkin berlaku akibat pembunuhan ini adalah Hamas yang kekurangan pemimpin berwibawa akan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil secara berperingkat-peringkat, sepertimana yang berlaku pada Ikhwanul Muslimin di Mesir selepas Sayyid Qutb digantung mati oleh Gamel Nasser. Kumpulan kecil itu selalunya akan membentuk ideologi mereka sendiri dan corak operasi mereka selalunya lebih radikal daripada pertubuhan asal mereka. Pergerakan penentangan Palestin selama ini mengelak sebarang jalinan dengan al-Qaeda.
Walaubagaimanapun, Abdel Aziz al- Rantissi mengumumkan yang Hamas telah membuka account khas dengan Israel, mengaitkan pembunuhan Yassin sebagai pengisytiharan perang ke atas Islam. Ancaman al Rantissi akan menjadi kenyataan jika beberapa pemimpin Hamas bersetuju untuk mengadakan hubungan langsung dengan objektif dan serangan al Qaeda ke atas Israel, Yahudi dan Amerika.
Dalam apa-apa halpun, kesan yang pasti terjadi akibat pembunuhan ini adalah Hamas akan menjadi lebih radikal. Perlu diingatkan tentang pembunuhan Ismail Abu Shanab oleh Israel pada musim panas 2003-pemimpin Hamas yang berkaliber dan pragmatic- telah menyebabkan Hamas menjadi lebih radikal. Manifestasi terbaru tentang keradikalan pergerakan itu merupakan pilihan AL-Rantissi-dianggap sebagai pemimpin Hamas paling radikal yang enggan menerima sebarang kompromi dengan Israel.

Kesimpulan
Pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin tidak syak lagi merupakan titik tolak perubahan dalam pergolakan Arab-Israel dan konflik Barat-dunia Islam. Penjajahan ke atas tanah suci Islam, sokongan terhadap "ketua Negara zalim yang berlagak baik" dan lagi pembunuhan seorang ikon Islam secara tidak berperikemanusiaan, sudah tentu menyemarakkan keradikalan di Timur Tengah dan menghentikan suara-suara yang menyeru kepada kesederhanaan.
Bagi jutaan Muslim, Syeikh Yassin ialah symbol penentangan, ketakwaan dan pengorbanan diri. Lebih menarik lagi, penentangannya memberikan kesan berpanjangan kepada dunia Islam yang di mana menjangkaui keadaan fizikalnya yang lemah dan lumpuh. Mungkin pembunuhannya ini ialah seruan kepada seluruh umat Islam untuk bangkit daripada tidur nyenyak mereka. Semua harus mengingat kembali bagaimana pembunuhan Syeikh Abdullah Azzam di Peshawar, Pakistan pada 1989, menyebabkan Arab-Afghan menjadi radikal serta penubuhan al-Qaeda. Sesungguhnya, syahid yang hidup selalunya akan kembali menghantui penentang mereka yang zalim.
Kareem M. Kamel ialah seorang penulis bebas Mesir yang bertapak di Kaherah, Mesir. Beliau mempunyai ijazah sarjana dalam Hubungan Antarabangsa dan membuat pengkhususan dalam pengajian keselamatan, proses membuat keputusan, perang nuclear, politik Timur Tengah, dan politik Islam. Beliau sekarang menjadi pembantu di Jabatan Sains Kemanusiaan di Universiti Amerikan di Kaherah.
Saamir Khuwairah (wartawan www.islam-online.net) yang telah menemuramah Ir. Farid Ziadah yang pernah mendiami sel penjara bersama as-syahid Syeikh Ahmad Yassin.

Terjemahan oleh Maslee Malik D.EDIT OLH; M.DUSUKIAH

Beruntunglah Mereka Yang Masih Ada Ibu....


Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati.... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan .... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku.... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Bila aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan

Selamat Hari Ibu

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2)Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya
.


"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu

2-4 orang : Kamu sayang ibumu

5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu

10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Nukilan m.dusukiah.
drp.zahir&isteri
anak-anakku aiman
adam
ammru

Penghormatan kepada ibu kita ditegaskan Rasulullah SAW dalam salah satu hadisnya, ketika seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?” Nabi SAW menjawab, “Ibumu…, Ibumu…, Ibumu…, kemudian ayahmu, dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu.” (HR muttafaqun alaih)

Khamis, 8 Oktober 2009

KENA BACA ,BIMBANG-BIMBANG KITA TERMAKAN.

Kod Babi Pada Makanan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai diBadan Pengawasan Ubat & amp; Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua barang, makanan dan ubat-ubatan
Produk apa pun yang akan dipasarkan oleh suatu perusahaan, produk tersebut harus mendapat izin terlebih dahulu dari Badanpengawas Ubat dan Makanan Perancis. Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian QC. Oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.
Banyak daripada bahan-bahan tersebut ditulis dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang ditulis dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141 . Awalnya, saat Syeikh Sahib menemui bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang pakar dalam bidang itu. Orangtersebut menjawab, “KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.”
Jawaban tersebut menimbulkan rasa curiga buat Syeikh Sahib. Kemudian diamula menyelidiki kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temui cukup memeranjatkan kaum muslimindi dunia.
Hampir seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak dinegara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42000.
Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkandengan haiwan lain. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babitersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM. Kemudian badan babi tersebut dipusing untuk membuang lemak. Kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.
Mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata ia berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupadan dipasarkan. Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan dan ubat-ubatan dicantumkan pada kemasan.
Oleh kerana itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.
Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk kenegara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, andamungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan untuk sampai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan akibat terkena air laut.
Kemudian mereka punya idea untuk melapisi peluru tersebut dengan lemakbabi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulus ebelum digunakan. Saat berita mengenai lapisan tersebut tersebar dansampai ke telinga tentera yang kebanyakan muslim dan beberapa vegetarian(orang yang tidak makan daging), maka tentera – tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).
Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan catatan lemak babi dalam kemasan dengan mencatat lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970-an mengetahuinya.
Saat pengeluar produk ditanya oleh pihak berwajib dari negara Islammengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya ialah lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & amp; domba, meskipun begitu, lemak-lemak tersebut masih haram bagi muslim kerana kaedah penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak menurut syarak. Justeru itu produk dengan label baru tersebut tetap dilarang masuk ke negara-negara Islam.
Akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjualproduknya ke negara Islam, di mana laba pasaran ke negara Islam bisamencapai jutaan dolar.
Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat dibanyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & amp; ubat-ubatan lainnya.
Semenjak produk – produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaanbarang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)] olehnegara-negara muslim, kita sebagai orang Islam tidak terkecualisedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasamalu, kekerasan dan seks bebas.
Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan merujuk dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikutini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapatdihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandungi lemak babi.
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,
E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.
Menjadi tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikutisyariat Islam dan juga menghebah informasi ini kepada saudara kita
Sumber : http://keranacinta.wordpress.com/
DI EDIT OLEH :M. DUSUKIAH

Selasa, 6 Oktober 2009

TAUGE OH TAUGE...


Tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.Antara khasiatnya :

1. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

2.Hasil kajian, tauge mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

3.Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

4.Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. Selepas membaca artikel kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Sabtu, 3 Oktober 2009

SEJADAH BERDIRI


MOHAMAD SHUHAIMI (KIRI) BERSAMA BEBERAPA JIRANNYA MELIHAT SEJADAH MILIKNYA YANG BERDIRI DI PERMATANG PAUH, BUKIT MERTAJAM.IKTIBARNYA...SEJADAH PUN NAK SEMBAHYANG, CAMNA DENGAN KITA...?RENUNGILAH..

KEMERIAHAN AIDILFITRI MASIH DIRASAI.

3 OKTOBER 2009.Rumah Terbuka Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan TBI berjalan lancar dalam suasana yang agak meriah.Majlis yang bermula jam 11.30 pagi itu dimulai dengan bacaan tahlil serta doa selamat. Menurut Pengerusi TBI En.Jamil Abdul Samad, pihaknya berasa amat berbangga kerana majlis yang dianjurkan itu bukan sahaja dihadiri oleh ahli-ahli persatuan malah ia turut dihadiri oleh penduduk-penduduk setempat. Katanya, majlis pada tahun ini agak meriah berbanding dengan tahun-tahun yang lepas kerana kehadirannya amat menggalakkan malah secara tidak langsung ia berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk mengeratkan hubungan silaturahim disamping memupuk hubungan harmoni antara sesama ahli persatuan serta dengan penduduk-penduduk di sekitarnya.Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Tahlil dan doa selamat.
Duit raya tak dak noo...
Ni dia menu utamanya.
Kemeriahannya masih terasa...
Kita taruh teh bukit sikit, baru ada umpp!!
Ambik sikit aje...tengah diet ni!-s/u TBI
Rileks dulu..
Mana Abang Usop ni??
Lepas ni boleh tambah sepinggan lagi kot.

Nak tengok teh bukit ke???
Selera jugak lauk ni.
Pegawai khas Ahli Parlimen/Kulim B.Baharu
Pengarah Urusan Epic Valley...Cikgu Hasyhim.
Tuan Imam Masjid B.Baharu...Ust.Osman
Tambah nasi aje? lauk tak tambah ke?
Gosok jangan tak gosok!!
Mai tengok mai, lelong lauk nak habis dah ni..

Jemput makan semua ye...Pengerusi TBI

SUMBER:AGS804

YANG BERAT SAMA DIPIKUL YANG RINGAN SAMA DIJINJING

2 OKTOBER 2009. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing memang sinonim dengan semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh penduduk-penduduk Taman Berlian Indah dalam usaha menjayakan jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini. Menurut Pengerusi TBI En.Jamil Abdul Samad segala persiapan semuanya dilakukan secara bergotong-royong termasuk pemasangan khemah serta menyediakan kelengkapan memasak. Dalam pada itu, beliau juga melahirkan perasaan gembira kerana penglibatan ahli persatuan amat menggalakkan dan ini merupakan petanda baik dalam usaha memupuk semangat ukhwah serta silatulrahim dikalangan penduduk

Sibuk dengan tugas masing-masing

Semangat gotong-royong.

Adusss!!!! berat sungguh ketui ayam ni!

Apa yang penting???kerjasamaaaa....Pengerusi TBI

Ni daging kambing ke daging unta?

SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;