;

Sabtu, 23 Januari 2010

UKHWAH ASYURA

23 Januari 2010. Biarpun Bulan Muharam sudah berakhir, namun semangat dan kesungguhan warga persatuan TBI untuk mengadakan program mengacau bubur asyura tetap dilaksanakan sepertimana yang dirancangkan. Pada tahun ini, program mengacau bubur asyura agak meriah kerana mendapat penyertaan dari Taman Permata dan Pusat Komuniti Bandar Baharu.Secara simboliknya, melalui program ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi ukhwah bukan sahaja di kalangan ahli Persatuan TBI tetapi diharapkan juga dapat memupukkan jalinan kemesraan dan setia kawan antara komuniti yang terdapat di kawasan Bandar Baharu ini. Program dimulakan dengan bacaan yassin.
Perbincangan ukhwah antara komuniti

Bersiap sedia... Tukang kacau 1 Malaysia

Pegawai kualiti dan pemerhati program

Resepi yang sukar dicari....
Pilihlah yang mana berkenan...
Posting istimewa untuk Pengerusi TBI
Tambah kacang tak pa, jgn tambah yang lain sudah la...

he, he, he...cubaannn
Ni ,Geng Taman Permata.
Kacau jangan tak kacau...
Berehat seketika, sebelum meneruskan dayungan..
Yang ni semua aku punya...pak lang Don
Ni Buboq jenis apa?
fuyooo....











Khamis, 21 Januari 2010

ASAL-USUL BUBUR ASYURA


Bubur asyura memang sinonim dengan 10 Muharam.Boleh dikatakan setiap tahun , masyarakat melayu tidak terlepas daripada menyediakan juadah bubur asyura. Persoalannya, dari manakah budaya ini bermula?


Pertama: Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s.
Banyak laman web menyebut tentang kisah ini. Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.
Penilaian:
- Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu.
- Jika kisah ini sahih sekalipun, dan kita menerima kaedah ‘Syarak sebelum kita adalah syarak kita juga’, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh a.s. adalah satu bentuk jamuan sempena 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh 10 Muharram?
- Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau amalan para sahabat tentang perkara ini?Kedua: Hadis Galakan Memberi Keluasan Kepada Keluarga
Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.
Hadis yang dimaksudkan ialah:
“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.

Mungkin kerana mempercayai kelebihan dalam hadis ini, sesetengah orang Islam mahu memberi keluasan kepada kaum keluarga pada hari 10 Muharram, dengan harapan Tuhan akan mempermudahkan rezekinya sepanjang tahun tersebut. Antara bentuk memberi keluasan ialah mengadakan jamuan makanan.
Cuma kedudukan hadis ini di sisi ulama hadis adalah paslu atau dhaif. Rujuk: Al-Maudhu’aat oleh Ibn Jauzi 2/572, Al-Manar al-Munif oleh Ibn Qayyim 1/111, Al-Fawaid al-Majmu’ah oleh Syaukani 1/98.
Sekali lagi kita terpaksa terima bahawa jika sandaran mengadakan jamuan bubur Asyura ialah hadis ini, sebenarnya ia adalah hadis yang tidak sahih. Jangan terlalu mengharap kepada fadhilat yang belum pasti kesahihannya.
Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.Wallahu A’lam.

Jumaat, 15 Januari 2010

PENGUMUMAN

KULIAH USTAZ HASBULLAH DI SURAU TEBUK MAT RASHID
PADA 16 JANUARI 2010-SABTU. PAKAT MAI RAMAI-RAMAI LA NOO..

SELEPAS KULIAH MAI KITA PI PULAK RUMAH TOK KETUA CIKGU JAMIL.ADA MESYUARAT PENTING.- SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

GERHANA MATAHARI-TANDA KEBESARAN ALLAH

BERLIAN INDAH 15 JANUARI 2010.Fenomena gerhana matahari terjadi berikutan kedudukan bulan berada ditengah antara matahari dengan bumi.Secara tidak langsung bulan melindungi cahaya matahari untuk sampai ke bumi. Hakikat kepada fenomena ini sebenarnya membuktikan kepada kita tentang kekuasaan Allah sebagai tuhan pengatur alam. Hal ini dapat dijelaskan dalam beberapa dalil al-quran dan hadis. Antaranya:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betul kamu hanya menyembah kepada Allah." (Fussilat: 37)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari)
Tanda kekuasaan Allah
Guna air salah cara melihat gerhana matahari
Tak nampak pun!!!!
Bakal ahli Falak...Fizi anak pak ya polis
hah !ni dia rupa gerhana matahari...moh tengok ramai-ramai
lokasi : lintang 4 TBI



Sabtu, 9 Januari 2010

SAMBUTAN MENGALAKKAN

Bandar Baharu, 8 Januari 2010.Forum Perdana anjuran Persatuan TBI mendapat sambutan yang amat menggalakkan khususnya dalam kalangan penduduk-penduduk di sekitar Bandar Baharu. "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah"tajuk yang dipilih untuk diulas oleh 2 orang ahli panel iaitu Ustz.Roslan Che Ros, pendakwah bebas dan Cikgu Azmi Hamid, Presiden TERAS.Manakala pengerusi forum pada malam itu ialah Ustaz.Zulkifli bin Zainon. Majlis Forum tersebut, menjadi lebih bermakna dengan kehadiran YB.Ustaz Yaakob Bin Hussain, ADUN Bandar Baharu sebagai tetamu jemputan. Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan TBI, Encik Abdul Jamil Samad melahirkan perasaan syukur dan gembira kerana program itu berjalan lancar sepertimana yang dirancangkan.Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli Persatuan TBI dan juga kepada mereka yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Tenaga utama yang menjayakan Forum Perdana
Panorama pentas sebelum forum bermula
Pentas utama Kolam idaman
Meninjau persiapan akhir
En.Jamil Samad, Pengerusi TBI
Tetamu jemputan -YB ADUN Bandar Baharu
Persatuan HAWA Bandar Baharu
Penggerak utama
Cikgu Chot antara yang mengajukan soalan kpd ahli panel.
Ust.Zul mengendalikan sesi forum
Pandangan dari belakang
Kaum muslimat turut hadir.
Sokongan padu dari penduduk setempat
Menjamu selera selepas berforum
KRT Jemputan
Terima kasih banyak2 untukmu-RELA






























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Jumaat, 8 Januari 2010

PERSIAPAN TERAKHIR

BERLIANINDAH 2009. Menjelang pelancaran Forum Perdana yang akan berlangsung pada 8 Januari 2010, pihak persatuan sekali lagi mengadakan mesyuarat terakhir bagi memastikan semua tugasan berjalan lancar sepertimana yang dirancang pada mesyuarat kali pertama dahulu.Dalam pada itu juga, mesyuarat kali ini turut membincang masalah internet yang seringkali mengalami gangguan Menurut Encik Fauzi, beliau akan mengambil tindakan susulan berhubung dengan masalah tersebut.Beliau melahirkan keyakinan bahawa masalah ini akan diselesaikan dalam tempoh yang terdekat.Apa yang lebih penting beliau mengharapkan selepas ini pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini dapat menjelaskan bayaran bulanan seperti yang ditetapkan agar kerja-kerja penyelenggaran dapat dijalankan mengikut jadual.

Hebahan...
Serius...
Mencari kata sepakat.
Ni aku punya.




Khamis, 7 Januari 2010

JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan minum SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan minum SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL


CARA MAKAN
JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang ini tak boleh buat kat office...;))
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.



Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya..... cubalah..... ......... .Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.


Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.


Amalan-amalan berikut boleh diamalkan menjaga kesihatan.
Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.


Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...Sama-samalah kita mengamalkannya. ......WallahuA'lam


Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..

Selasa, 5 Januari 2010

FORUM PERDANA


* HARAP SEMUA WARGA PENDUDUK TAMAN BERLIAN INDAH DAPAT HADIR KE MAJLIS TERSEBUT.PROGRAM INI ADALAH ANJURAN PERSATUAN KITA. SEKIRANYA KITA TIDAK MEMBERI SOKONGAN KEPADA PROGRAM INI BERMAKNA KITA MENOLAK UNTUK HIDUP BERMASYARAKAT SEPERTIMANA YANG DIANJURKAN OLEH AGAMA KITA.AYUH!!! LUANGKAN SEDIKIT MASA KITA UNTUK HADIR KE MAJLIS TERSEBUT. AWAS!!! KETIDAKHADIRAN ANDA DIPERHATIKAN .WASSALAM....

SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;