;

Sabtu, 27 Februari 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KARIAH MASJID BANDAR BAHARU

27 Februari 2010,Bandar Baharu. Tidak syak lagi kelahiran junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w telah memberi rahmat dan petunjuk kepada seluruh isi alam. Kelahiran baginda juga berjaya merubah kehidupan manusia dengan wajah-wajah kejahilan kepada cahaya keimanan. Jasa baginda terlalu besar dalam memimpin manusia ke jalan yang benar.Justeru bagi menzahirkan rasa kasih dan sayang ke atas kelahiran baginda, boleh dikatakan seluruh umat Islam akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul.Dalam pada itu, Masjid Bandar Baharu juga tidak ketinggalan dalam menyambut sambutan ini. Pelbagai acara telah diatur. Antaranya majlis Khatam Quran, marhaban, nasyid dan ceramah agama.
Ustz.Mohd Zaki Saidin....Penceramah jemputan

Jumaat, 26 Februari 2010

Rabu, 24 Februari 2010

AYAT PENGGERAK

Ayat Pengerak, Doa yang sangat wajar diamalkan di zaman ini.

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

(Klik di sini untuk memuatturun/mendengar bacaan doa ini)

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yang asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Isnin, 22 Februari 2010

BETUI KA BENDA NI NAK NAIK LAGI?


(The Sun) KUALA LUMPUR (Feb 21, 2010): Kerajaan akan mengumumkan kenaikan harga 10sen liter untuk bensin dan solar RON95 ketika mekanisma harga bahan bakar baru terungkap pada pertengahan Mac, Sin Chew Daily melaporkan hari ini.

Harga RON97 juga akan meningkat tetapi tidak ada keputusan belum di kuantum.
Saat ini RON95 runcit pada RM1.80 satu liter, di RON97 dan diesel RM2.05 dan RM1.70 satu liter masing-masing.

Sumber-sumber Jabatan Kewangan berkata, kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan harga BBM karena tidak boleh memberikan subsidi lebih banyak diperlukan untuk mempertahankan harga BBM pada level saat ini menyusul lonjakan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan yakin peningkatan 10sen liter boleh diterima oleh awam.

Para sumber juga mengatakan kepada harian kerajaan belum muncul dengan mekanisme harga bahan api yang boleh diterima oleh semua bahagian, dan sebagai hasilnya boleh menunda atau bahkan mungkin terpaksa meninggalkan langkah-langkah baru yang telah di paip.

"Rancangan itu sedang berlaku untuk pendaftaran kenderaan pemilik dan Mykad mereka melalui Maybank dan kios bensin bermula pada bulan April dicadangkan di bawah 'satu pemilik kenderaan, salah satu subsidi' mekanisme subsidi bahan api. Nampaknya rancangan tidak boleh pergi. "

Sumber mengatakan topi menjual 20 liter petrol untuk kereta asing di berhampiran sempadan Malaysia akan terus dilaksanakan.

Sementara itu, Petrol Dealers Association of Malaysia president Datuk Othman Hashim percaya bahawa pemilik kereta asing akan membayar harga pasaran saat mekanisma harga bahan bakar baru diperkenalkan bulan depan.

Dia mengatakan tujuan utama kerajaan ialah memberikan subsidi kepada mereka yang memenuhi syarat untuk itu, untuk melindungi kepentingan yang lebih rendah dan kumpulan berpendapatan menengah dan juga menjimatkan perbelanjaan.

Jumaat, 19 Februari 2010

SEBAT : ANTARA MENERIMA HUKUM ALLAH DAN MATLAMAT PELAKSANAANNYA


TIGA orang pesalah jenayah syariah telah dihukum sebat, dua menerima enam kali sebatan dan seorang menerima empat kali sebatan. Mereka dihukum sebat kerana didapati bersalah melakukan zina sehingga melahirkan anak. Ketiga-tiga mereka telah menjalani hukuman berkenaan di penjara Kajang pada 9 Februari lepas.

Hukuman berkenaan adalah kali pertama di negara ini bagi kesalahan seumpama itu. Hukuman ke atas mereka itu dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah Seksyen 23 (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan antara Disember 2009 hingga Januari lalu.

Menurut laporan ketiga-tiga mereka yang berusia 18 hingga 20-an telah menerima dengan redha hukuman ke atas mereka. Mereka merasa lega dan insaf kerana sudah terlepas dari belenggu dosa. Dari hubungan dunia dan tatahukum negara ini mereka sudah bebas dan suci.

Perundangan Islam negara ini tidak lagi boleh mencela mereka kerana mereka menerima tanpa bantahan. Mereka boleh dianggap bersih dan masyarakat tidak wajar mempertikaikan kesalahan mereka lagi. Sebaliknya umat Islam negara ini dan mereka yang membesarkan perundangan Islam mengalu-alukan langkah dan penerimaan mereka. Atas kesediaan dan keikhlasan mereka sewajarnya kalau mereka diberikan hadiah dan sokongan moral.

Kalau Kartika Sari Dewi yang belum disebat atas kesalahan minum arak dipuja dan diberikan berbagai hadiah dan insentif termasuk menawarkan tiket pergi menunaikan umrah, kenapa tidak dengan ketiga mereka itu?

Bagaimana pun hukuman itu dipertikaikan oleh pihak lain yang menganggap ia sebagai satu kezaliman dan diskriminasi ke atas wanita. Maka ada pihak yang cuba mempertikai hukuman sebat berkenaan. Pertikaian itu sudah pasti atas perasaan peri kemanusiaan dan bukannya kerana melihat kepentingan hukuman berkenaan dan filsfat kenapa ia dibenarkan dalam konteks agama.

Sebenarnya dalam konteks hukum ketiga wanita itu ia bukan didiskriminasi, kerana pasangan mereka juga turut dikenakan hukuman sama. Mereka menjalani hukuman sebat di penjara Sungai Buloh. Macam mana pihak tertentu menganggap ia satu diskriminasi dan penganiayaan kepada kaum wanita?

Kalaulah yang wanita saja disebat ia boleh dianggap diskriminasi. Begitu juga kalau kalau kebetulan pasangan wanita itu bukan Islam yang terlepas dari sebatan ia tetap juga bukan diskriminasi. Kerana kewajiban menerima hukuman Islam itu bagi orang Islam yang beriman saja.

Atas keyakinan bahawa menerima hukuman itu mereka terlepas dari dosa, menyebabkan mereka merasa puas dan redha dengan keputusan itu. Seperti mana dipetik laporan akhabar salah seorang yang menerima hukuman itu beliau kini merasakan bebas dari belenggu dosa selepas menerima hukuman berkenaan.

Katanya dia redha menerima hukuman sebat itu kerana lebih takut kepada hukuman di akhirat kelak di samping mengharap dengan keredhaan itu beliau akan diringankan menerima hukuman di akhirat. Walaupun dia sendiri tidak dapat merasai keazaban di akhirat namun atas keyakinan (iman) daripada apa yang didoktrinkan kepadanya menyebabkan pesalah beranggapan demikian.

Undanag-undang Islam berkaitan dan ada hubungan rapat dengan keimanan seseorang. Kalau seseorang itu beriman dengan Islam dan undang-undang itu menurut kaedah Islam apa yang hendak dirisaukan. Kita semua patut mengalu-alukan dan mengucap syabas kepada pesalah berkenaan kerana tidak membantah hukuman yang kenakan ke atas mereka. Atas kepercayaan Islam itu adil, Islam itu bersih, Islam itu agama penyelamat. Islam itu agama membersih apa juga yang dicerminkan Islam hendaklah diterima dengan baik. Saya percaya sikap terbuka dan redha ketiga pesalah itu kerana mereka yakin dengan Islam.

Dalam hal ini biarlah kulit mereka pedih dan sakit asalkan mereka terlepas dari azab yang menyeksakan. Hanya bagi orang yang tidak yakin dan beriman kepada hari akhirat saja merasakan hukuman itu satu kezaliman dan penganiayaan secara membabi buta.

Dalam kes-kes seperti ini, iaini mencari keredhaan, hanya mereka yang beriman saja tidak gentar dan rela menyerahkan diri untuk menerima balasan setimpal dengan diosa dan kesalahan yang dilakukan. Hukum sebat itu adalah diyakini balasan Allah atas perbuatan mereka yang terkutuk itu. Jadi kerana itu mereka redha dan rela.

Sebaliknya bagi mereka yang tidak beriman, akan merasa satu kezaliman dan tidak adil serta membebankan. Apa lagi yang berfikir dengan logik akan merasakan hukuman itu tidak adil dan satu kezaliman. Kenapa tidak, pasangan berkenaan rela melakukan zina dan rela pula menyerahkan diri kepada Jawi, kenapa lagi mereka harus disebat. Sepatutnya mereka dimaaf tanpa menyakitikan. Begitulah fikiran mereka yang kurang senang dengan pelaksanaan hukuman berkenaan.

Bagaimana pun pada saya dalam meneliti pelaksanaan hukuman itu timbul persoalan apakah ia menepati maksud dan falsafat hukuman itu sendiri yang mana antara lain bertujuan untuk memberi keinsafan. Kita tahu hukuman itu bukan saja untuk menghapuskan dosa pesalahnya tetapi ia juga untuk memberi kesedaran kepada mereka yang lain.

Sejauh manakah hukuman itu dapat dijadikan iktibar dan memberi keinsafan kepada mereka di luar sana. Bukankah hukuman sebat itu dijalankan di dalam penjara yang hanya disaksikan oleh beberapa orang kaki tangannya saja. Ini bermakna ‘kesadisan’ ‘kekejaman’ atau ‘kezaliman’ hukuman berkenaan yang diharapkan dapat menimbulkan ketakutan dan keinsafan kepada orang lain tidak tercapai.

Bukan dengan cara melaksanakan hukuman itu secara tersembunyi, mungkin atas maslahat untuk mengelakkan keaiban ia tidak dapat memberi kesan takut dan insaf kepada pihak lain. Ringkasnya kalau itu caranya tujuan hukuman sebat itu dilaksanakan tidak mencapai tujuan secara menyeluruh melainkan kepada ketiga mereka yang menghadapi dan beberapa orang yang menyaksikannya saja.

Mungkin untuk lebih afdal dan mencapai maksud di sebalik perlaksanaan hukuman berkenaan wajar kalau ia dilaksanakan di hadapan umum. Sekiranya untuk tidak mengaibkan mungkin muka si pesalah boleh ditutup. Dengan cara itu pada saya dari ukuran akalnya ia lebih mencapai natijah yang dimaksudkan di sebalik pelaksanaan.

Rabu, 17 Februari 2010

ORANG TER KAYA MALAYSIA

Tahniah kepada Robert Kuak, Ananda, dan juga Syed Mokhtar kerana berjaya mengekalkan sebagai orang kaya Malaysia. Kekayaan mereka dinilai berdasarkan saham dan aset yang dimiliki dalam beberapa syarikat. Namun begitu, kita juga boleh kaya seperti mereka dengan hanya bermodalkan iman dan takwa.Malah kekayaan kita bukan sahaja diiktiraf di didunia malah jauh dari itu kita dijanjikan dengan saham yang tidak ternilai harganya iaitu kenikmatan syurga yang kekal selamanya. Oleh itu, rebutlah peluang ini sementara nyawa masih dikandung badan.

Isnin, 15 Februari 2010


PEMBETULAN :MASA PROGRAM INI IALAH PUKUL 11.00 PAGI BUKAN 9.00 MALAM.
HARAP MAKLUM!!!!!

Ahad, 14 Februari 2010

BAHAYA NI!!!

Harapkan pagar, pagar..........

Mengundang bahaya.....

Melihat keadaan pagar yang macam ni, ana cukup bimbang dengan keselamatan anak-anak kecil yang bermain di kawasan tersebut. Silap-silap haribulan, boleh terjadi sesuatu yang buruk. Ana dok perhatikan ada jugak anak-anak yang cuba memancing kawasan tu. Bahaya jugak kalau tak peringat kat depa. Tapi maklum ajelah budak-budak, bukan nak dengar sangat.Walau apapun kita kena berhati-hatilah, Kata orang tua-tua, beringat sebelum kena,kalau dah kena tak guna sedit.wassalam...
From : LANG BUANA

Rabu, 10 Februari 2010

KHASIAT BUAH PISANG


Pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian.Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.Kajian yang telah dibuat menunjukkan 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senanam selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlet terkenal dunia.

Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya boleh mengurangkan tekanan jiwa, anemia, tekanan darah tinggi, dan membantu penghadaman.

TINGKATAN UMUR MANUSIA

IBNU AL-JAUZI telah membahagi umur manusia kepada lima masa :

MASA KANAK-KANAK : Dari sejak dilahirkan hingga mencapai umur lima belas tahun.

MASA MUDA : Dari umur lima belas tahun hingga umur tiga puluh lima puluh.

MASA DEWASA : Dari umur tiga puluh lima tahun hingga umur lima puluh tahun.

MASA TUA : Dari umur lima puluh tahun hingga umur tujuh puluh tahun.

MASA USIA LANJUT : Dari umur tujuh puluh tahun hingga akhir umur yang ditentukan oleh Allah SWT.

Sabtu, 6 Februari 2010

WASPADA SELALU!!!


6 Februari 2010.Ana dimaklumkan oleh Pengerusi TBI tadi bahawa ada sebuah rumah lagi di Lintang 5, Taman Berlian Indah dimasuki pencuri. Biasanya ana dengar kes-kes curi dan pecah rumah ni biasanya berlaku di waktu dinihari. Tetapi apa yang berlaku pada hari ni agak berbeza sedikit. Ana diberitahu kes pecah rumah ni berlaku waktu siang, tak silap pukul 1.30 tengahari. Mengikut Pengerusi TBI, laporan polis telah pun dibuat.Apa yang penting ana harap semua penduduk-penduduk lebih berhati-hati selepas ini. Pastikan rumah berkunci ketika keluar rumah dan yang paling penting tolong awasi pengerakan masuk orang-orang tidak kenali ke taman kita. Kalau curiga cepat-cepat maklumkan pada pengerusi TBI atau hubungi Pak Ya polis. Biaq kita belasah cukup-cukup kalau dapat tangkap.Ana pun dah lama tak karate orang nii!!. gian jugak sekali-sekala. Selain itu jugak ana harap jiran-jiran kita tolong main peranan. Pakat -pakat tengok sama rumah jiran-jiran yang lain.Inilah maknanya hidup berjiran.


FROM : LANG BUANA TBI

Rabu, 3 Februari 2010

ISTIMEWANYA EPAL HIJAU


Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. ini kerana ia bukan sekadara mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya. Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksik dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat Masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendaman seketika di dalam air batu selama 5 minit kemudian letakkan di mua, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Isnin, 1 Februari 2010

"MATI PUN SUSAH HIDUP PUN SUSAH"


Teringat ana pada filem "Madu Tiga" arahan Allahyarham P.Ramlee dulu.Dalam banyak- banyak dialog dalam filem tu ana cukup tertarik dengan dialog apek tua, tak silap ana berbunyi macam ni..." Mati pun susah, hidup pun susah". Pada waktu tu, ana tak faham apa maksud yang tersirat yang cuba ditonjolkan oleh P.Ramlee.Maklum sahajalah, waktu tu ana masih lagi budak kecil lagi. Tapi bila ana dah besar panjang, berkeluarga dan bergelumang dengan masyarakat barulah sedikit sebanyak ana faham maksud ayat tersebut.Memang ana respect habis pada Allahyarham P.Ramlee. Firasatnya cukup tajam. Ana dapat rasakan ayat " Mati pun susah, hidup pun susah"cukup membawa makna yang besar pada zaman ana sekarang. Dengan keadaan ekonomi tidak menentu,memang ana tak nafikan ramai yang terpaksa bertarung nyawa untuk mencari sesuap nasi.Kesian ana tengok kehidupan mereka, terutamanya masyarakat kampung yang masih lagi dibelit dengan arus kemiskinan. Kesimpulannya ana dapat kata setiap detik nafas semuanya memerlukan RM. RMlah yang menentukan piawaian kehidupan seseorang itu. Itu ana cerita bab hidup, belum lagi bab mati. " Mati pun susah"...memang pun susah kalau dia jenis mangkaq dengan tuhan.Bukan setakat yang mati sahaja susah tapi orang yang hidup pun turut jadi susah. Apa tidaknya, bermula nafas terhincut keluar dari kerongkong maka bermulalah tanggungjawab Sihidup untuk menguruskan pengkebumian Simati.Yang menjadi masalah sekarang, semuanya memerlukan RM. Ana perhatikan trend sekarang urusan pengkebumian bermula dari A sampai Z semuanya memerlukan RM.Kadang-kala RM tu mencecah ribuan ringgit.Apa tidaknya,semuanya kena upah,...upah korek liang, upah mandi, upah sembahyang, upah baca talkin, upah bawa mayat dan macam lagi upah. Yang paling lawak sekali sembahyang pun nak kena upah!!.Nasib baik tak dak upah orang yang nak teriak(menangis), kalau tidak haru -biru lagi dengan masyarakat kita. Kemudian, lepas urusan pegkebumian kena buat kenduri tahlil pulak.Kenduri tahlil tu kena buat ikut hari tertentu.Bukan boleh buat sebarangan. Nak buat kenduri tu semuanya memerlukan RM.Pelik bila ana fikir budaya macam ni!!!Ana tak nafi kalau siwaris tu banyak harta, kaya dan bertaraf koprat. Tapi yang menjadi masalahnya kalau, siwaris tu jenis papa kedana.Macammana nak korek RM dalam keadaan yang amat terdesak ? Mau tak mau kena cari jugak, kalau tidak payah sikit nak urus mayat.Bukan saja kena buat muka poyo tapi kena tahan telinga jugak dek kena kutuk.Yang nak kutuk tu,ana gerenti yang ada kepentingan.Ana harap boleh faham kot orang yang ada kepentingan.!!Kadang-kala tegur pun tak guna kerana masyarakat sudah mabuk dengan perkara yang dah biasa.Logiknya memang payah nak ubah perkara yang dah biasa.Apa-apa pun ana buat kesimpulan ,memang tepatlah ayat keramat dari Allahyarham P.Ramlee untuk zaman ini, " Mati pun susah, hidup pun susah".
FROM: LANG BUANA TBI

SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;