Teringat ana pada filem "Madu Tiga" arahan Allahyarham P.Ramlee dulu.Dalam banyak- banyak dialog dalam filem tu ana cukup tertarik dengan dialog apek tua, tak silap ana berbunyi macam ni..." Mati pun susah, hidup pun susah". Pada waktu tu, ana tak faham apa maksud yang tersirat yang cuba ditonjolkan oleh P.Ramlee.Maklum sahajalah, waktu tu ana masih lagi budak kecil lagi. Tapi bila ana dah besar panjang, berkeluarga dan bergelumang dengan masyarakat barulah sedikit sebanyak ana faham maksud ayat tersebut.Memang ana respect habis pada Allahyarham P.Ramlee. Firasatnya cukup tajam. Ana dapat rasakan ayat " Mati pun susah, hidup pun susah"cukup membawa makna yang besar pada zaman ana sekarang. Dengan keadaan ekonomi tidak menentu,memang ana tak nafikan ramai yang terpaksa bertarung nyawa untuk mencari sesuap nasi.Kesian ana tengok kehidupan mereka, terutamanya masyarakat kampung yang masih lagi dibelit dengan arus kemiskinan. Kesimpulannya ana dapat kata setiap detik nafas semuanya memerlukan RM. RMlah yang menentukan piawaian kehidupan seseorang itu. Itu ana cerita bab hidup, belum lagi bab mati. " Mati pun susah"...memang pun susah kalau dia jenis mangkaq dengan tuhan.Bukan setakat yang mati sahaja susah tapi orang yang hidup pun turut jadi susah. Apa tidaknya, bermula nafas terhincut keluar dari kerongkong maka bermulalah tanggungjawab Sihidup untuk menguruskan pengkebumian Simati.Yang menjadi masalah sekarang, semuanya memerlukan RM. Ana perhatikan trend sekarang urusan pengkebumian bermula dari A sampai Z semuanya memerlukan RM.Kadang-kala RM tu mencecah ribuan ringgit.Apa tidaknya,semuanya kena upah,...upah korek liang, upah mandi, upah sembahyang, upah baca talkin, upah bawa mayat dan macam lagi upah. Yang paling lawak sekali sembahyang pun nak kena upah!!.Nasib baik tak dak upah orang yang nak teriak(menangis), kalau tidak haru -biru lagi dengan masyarakat kita. Kemudian, lepas urusan pegkebumian kena buat kenduri tahlil pulak.Kenduri tahlil tu kena buat ikut hari tertentu.Bukan boleh buat sebarangan. Nak buat kenduri tu semuanya memerlukan RM.Pelik bila ana fikir budaya macam ni!!!Ana tak nafi kalau siwaris tu banyak harta, kaya dan bertaraf koprat. Tapi yang menjadi masalahnya kalau, siwaris tu jenis papa kedana.Macammana nak korek RM dalam keadaan yang amat terdesak ? Mau tak mau kena cari jugak, kalau tidak payah sikit nak urus mayat.Bukan saja kena buat muka poyo tapi kena tahan telinga jugak dek kena kutuk.Yang nak kutuk tu,ana gerenti yang ada kepentingan.Ana harap boleh faham kot orang yang ada kepentingan.!!Kadang-kala tegur pun tak guna kerana masyarakat sudah mabuk dengan perkara yang dah biasa.Logiknya memang payah nak ubah perkara yang dah biasa.Apa-apa pun ana buat kesimpulan ,memang tepatlah ayat keramat dari Allahyarham P.Ramlee untuk zaman ini, " Mati pun susah, hidup pun susah".
FROM: LANG BUANA TBI