;

Rabu, 22 Disember 2010

HARGA NI MELAMPAU!!!!


Agak memeranjat apabila harga yang terpapar pada label sayuran (daun sup) mencecah RM9.90 dan sayur kucai RM5,90. Berapa harga sekilo aku tak berapa pasti, tapi kebiasaannya daun sup atau kucai yang aku kerap beli sebanyak itu sebenarnya tidak melebihi RM1.00. Tetapi agak menghairankan sayuran yang aku baru beli dari Supermarket Econsave Parit Buntar semalam , harganya agak melampau dan mencekik darah kalau ia benar-benar harga betul. Harga ini aku sedari sebaik sahaja ,isteri aku mahu memulakan masakan tengah hari. Terkejut beruk , apabila aku diberitahu tentang harga yang melampau itu. Lantas aku mencapai motosikal lalu bergegas pergi semula ke supermarket tersebut. Pada mulanya memang rasa nak marah jugak, tetapi supervisor yang aku temui itu memohon maaf berulang kali di atas kesilapan yang tak disengajakan itu menjadikan hati aku tak jadi marah. Timbangan sayuran itu dibuat semula.Memang tepat, harganya hanya RM0.42 saja dan RM 0.90 untuk kucai. Pengajarannya, lain kali aku perlu lebih berhati-hati dalam memastikan harga yang lebih relevan dengan kuantiti barangan yang dibeli sebelum membuat pembayaran.Kalau tidak sekali lagi aku akan menjadi mangsa harga melampau yang tak disengajakan oleh jurujual yang lalai dalam menjalankan tugasnya.
catatan pengalaman :LANG BUANA TBI

SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;