;

Rabu, 28 Oktober 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA TINDAKAN DAERAH BANDAR BAHARU,KEDAH DARUL AMAN BIL.06/2009 -26 OKTOBER 2009 .BERTEMPAT DI PEJABAT DAERAH BANDAR BAHARU.

Saya telah mengemukakan permasalahan dibawah bagi mesyuarat kali ini.
1. Permohonan daripada pihak Jawatankuasa Masjid Bandar Bharu untuk membina sebuah menara Masjid bagi tujuan memperlengkapkan struktur pembinaan masjid. Saya dapati kompleks Masjid Bandar Bharu tidak mempunyai sebuah menara masjid sebagaimana lazimnya sebagai suatu struktur “wajib” sesebuah masjid;

2. Permohonan penduduk dan anak kariah Masjid Hijau di Relau untuk sebuah dewan serbaguna bagi kegunaan anak kariah masjid.

3. Permohonan penduduk terutama golongan belia Bandar Bharu untuk sebuah gelanggang sepaktakraw (seelok-eloknya jenis tertutup) dibina dikawasan tepian Sg. Kerian berdekatan penambang untuk kegiatan riadhah mereka;

4. Permohonan penduduk terutamanya golongan belia di kawasan Selama untuk sebuah gelanggang futsal bagi kegunaan kegiatan riadhah dan sukan mereka;

5. Permohonan penduduk di Parit Nibong, Parit Teropong, Parit Besar, Sg. Kecil Ulu, Sg. Kecil Hilir, Kg. Tebuk Mat Rashid, Kg. Permatang Pasir, dan umumnya kawasan Bandar Bharu untuk suatu projek tebatan banjir segera dilaksanakan.(* Buat makluman, masalah projek tebatan banjir ini sudah saya kemukakan bagi sesi sidang Parlimen bermula 19.10.2009. Insyallah saya akan kemukakan penjelasan YB Menteri kepada pihak tuan apabila diperolehi jawapannya).

6. Permohonan pelajar dan guru serta sekolah-sekolah sekitar Serdang untuk Perpustakaan Serdang dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu kerana itu sahaja hari cuti yang mereka ada untuk menggunapakai perpustakaan tersebut;

7. Permohonan khusus daripada En. Abdul Razak Bin Mohamed Rejab (KP No: 1929533) yang kini menyewa di rumah Depan Balai Polis, Lubok Buntar, Serdang untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk membina rumah sendiri. Saya dimaklum bahawa beliau sudah mempunyai tapak sendiri. Sebagai alternatif, beliau memohon penempatan dirumah Keda atau mana-mana perumahan rakyat sekitar Lubok Buntar atau Serdang.

8. Sukacita juga jika dapat pihak tuan memberikan respon terhadap cadangan saya untuk mengadakan suatu Forum Perdana di kawasan Masjid Bandar Bharu. Saya telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan yang secara prinsipnya bersedia mengadakan Forum tersebut.
Diwaktu yang sama, saya mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak dikalangan jabatan/ agensi kerajaan untuk menghubungi saya jika terdapat perkara dirasakan saya boleh membantu untuk membawa apa-apa perkara, permasalahan atau isu ke peringkat pusat samada pihak kementerian, jabatan dan/ atau agensi Kerajaan Pusat.Wassalam dan terima kasih.

Yang benar
Zulkifli Bin Noordin( AHLI PARLIMEN KULIM/BANDAR BAHARU)
Isnin
07 Zulqaedah 1430 / 26 Okt 2009

SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;