;

Selasa, 8 September 2009

BERKAT RAMADAN

8 SEPTEMBER 2009. "Sesungguhnya memberi makan kepada orang berpuasa besar fadilatnya".Lantaran itu, sekali lagi pada tahun ini Persatuan Penduduk Taman Berlian Indah telah menganjurkan majlis berbuka puasa yang diadakan di Masjid Halimi Bandar Baharu Kedah.Menurut Pengerusi TBI En. Jamil Samad, bulan yang penuh berkat ini perlu disemarakkan dengan aktiviti yang boleh meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Beliau juga mengesyorkan supaya setiap ahli persatuan banyak melakukan sedekah jariah kerana amalan sedemikian boleh memberi keberkatan dalam kehidupan.
Dalam masa yang sama juga, Persatuan TBI juga memberi sedikit sumbangan untuk majlis berbuka puasa di Surau Al-Irsyad Tebuk Mat Rashid.


Siap terhidang.

Antara tetamu yang hadir.


Syukur...masih sempat lagi berbuka




Cikgu Jamil Bersama dengan Tok Iman (Haji Osman Jafri )

Siap sedia untuk berbuka.


Belum boleh lagi Aji Deris..

Antara menunya...ikan keli bakar

Rasa macam kenai...hah Brahimmm .

Cikgu Azali pun ada.

Solat maghrib berjemaah.

Masjid Al-Halimi Bandar Baharu
Sumber :AGS804

SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;