;

Khamis, 24 September 2009

LEMANG LINTANG 4, ADA UMPHHHH!!!!

19 September 2009."Kalau tak cuba buat, mana dapat dapat kemahirannya". Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menyediakan Lemang bakar.Sekali pandang memang nampak mudah tetapi hakikatnya memang sukar. Tambahan pula tiada pengalaman menyebabkan masyarakat tidak berminat untuk menyediakan juadah lemang di pagi raya. Lantaran itu, Ahli-ahli Lintang 4 dengan bantuan pakar membuat lemang dari Labu Besar cuba menghidupkan kembali budaya ini. Menurut Ketua Lintang 4, Ustz. Nazari "insyallah, dengan kemahiran yang kami dapat ini,aktiviti ini akan dijadikan sebagai agenda setiap kali menjelang Hari Raya."Tegasnya lagi, kami tidak keberatan untuk berkongsi ilmu dengan lintang-lintang yang lain. Yang penting tradisi turun -temurun ini dapat dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak hilang dek ditelan zaman.
Ni dia Sifu lemang Labu Besar....jasamu tetap dikenang

Tengok betui2 cara nak gulung..sifu
Nak bubuh daun pisang ni pun kena ada skill juga.

Pegawai pemerhati...lepas ni kena check kualiti lemang.

Semua sudah siap...tunggu arahan seterusnya.


Nah ahhh!!!! guna kipas angin bakar lemang.


Sumber: AGS 804

SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;