Ramadan al-mubarak yang akan meninggalkan kita tidak beberapa hari lagi, sudah pasti menjadikan kita semakin sibuk terutamanya untuk membuat persiapan hari Raya Aildifitri.Dalam kesibukan itu, kadang-kala menjadikan kita terlupa untuk mengeluarkan zakat fitrah.
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1.Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2.Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3.Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4.Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
Oleh itu sebelum berakhirnya Ramadan marilah ramai-ramai kita laksanakan dahulu kewajipan ini . Bagi memudahkan mereka yang ingin mengeluarkan zakat, persatuan penduduk TBI telah menjemput amil yang dilantik utk mengutip zakat seperti berikut :
Tempat : Di Rumah Cikgu Jamil ( Tok ketua )
Tarikh : 16 september 2009 (Hari Rabu-waktu petang)
;
Isnin, 14 September 2009
B
;