;

Isnin, 27 September 2010

RUMAH TERBUKA TBI MERIAH

BANDAR BAHARU, 25 SEPTEMBER 2010.Jamuan Sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran TBI yang diadakan di Taman Permainan kanak-kanak TBI disambut meriah. Jamuan yang bermula
dari 8.30 malam hingga 10.00 malam itu dihadiri dari taman-taman berhampiran, jemaah masjid Bandar Baharu dan kampung-kampung yang berhampiran. Pengerusi TBI, En.Jamil bin Samad melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kehadiran tetamu yang diluar jangkaan. Majlis pada tahun ini agak berbeza kerana ia dijalankan sebelah malam berbanding dengan tahun-tahun lepas yang diadakan sebelah siang.
Pemandangan dari jauh.
Menu laksa Lintang 4.
Agak sesak dengan kehadiran tetamu diluar jangkaan.
Sambutan menggalakkan...
Jemaah masjid Bandar Baharu turut diundang.
Kaum ibu TBI
Generasi baru TBI
Waduhhh...makanan cukup ke ni?
Tauke cendol...ada gaya tersendiri.
Pemerhati jemputan dari TBI
Best...tahun depan jangan lupa jemput kami lagi.
Tinggal banyak ni lagi...rasa cukup kot!
Cendol jadi rebutan
Cendol madu...zahir and the geng.
Makan pun nak kena pilih jugak.
Sedap weiiii!!!!
Apa tengok2 ustaz...aku baru nak makan kali ke 4 ni?-zamri

Amboi Pengerusi TBI kita, senyum la sikit!
Anak-anak sapa ni dok melepak malam2?
Wakkakaa!!!!....sampai hati korang semua makan tak tinggal kat aku...

SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;