;

Sabtu, 7 Januari 2012

KESYUKURAN....

Tersergam indah...Rumah Pengerusi TBI setelah diubahsuai.
Jiran tetangga juga turut membantu.




Kak Nah," Cikgu Jamil tambah rumah tak pa, jangan tambah yang lain sudah la..


Ruang tamu yang diubahsuai.


Cikgu Jamil b. Ramli mantan Pengerusi TBI


Isteri En.Radzi.....memilih juadah pilihan


Ust.Abu Naim," Enta dah tambah rumah, lepas ni leh tambah orang rumah pulak.he,he...


Ahli masjid juga turut dijemput.


Antara tetamu yang diundang.



7 JULAI 2012. Sempena menduduki rumah baru yang telah diubahsuai, En.Jamil bin Samad (Pengerusi TBI) telah mengadakan jamuan kenduri sebagai tanda kesyukuran. Beliau berpuas hati apabila rumah yang diubahsuai dengan nilai 41 ribu oleh kontraktor tempatan dapat disiapkan dalam jangka waktu yang ditetapkan. Menurut beliau, hasrat untuk membesarkan rumahnya sudah lama diimpikan .Namun begitu, pada tahun ini baharu hasrat itu tercapai.

Tambah beliau, pengubahsuaian rumah amat perlu memandangkan anak-anak semakin membesar dan mereka amat memerlukan ruang rumah yang selesa.Bagi menambahkan keberkatan, majlis kenduri kesyukuran itu dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat.

PROGRAM ASYURA RAPAT UKHWAH KOMUNITI TAMAN

Bertanya Khabar sebelum program bermula.

Bertungkus-lumus menyediakan ramuan bubur asyura

Penglibatan yang menggalakkan dari semua komuniti taman

Sempat berbincang masalah negara.

Wahid tidak dapat bersama mengacau bubor kerana terpaksa membaiki tayar kereta
Wajanya yang pancit.

Tu dia Chef Buboq asyura TBI....Mat Nor

En.Pozi sedang menikmati juadah kali yang ke.................

Minuman juga disediakan oleh pembacuh air profesional

Ni wakil pengacau bubuq Taman Berlian Indah 2
Bersemangat...

Uji kekuatan mengacau.

Sempat bergaya...

Sepakat...

Agih bubur asyura kepada setiap komuniti

Ustaz Abu Naim Cahaya Intan turut beri sokongan.


7 JANUARI 2012. Bulan Muharram sudah sinonim dengan amalan menyediakan bubur asyura dikalangan masyarakat Melayu. Boleh dikatakan saban tahun masyarakat melayu tidak ketinggalan berusaha menyediakan bubur asyura samaada dibuat secara persendirian mahupun bergotong-royong. Namun begitu, situasi hari ini masyarakat melayu mengambil iniasif menyediakan bubur asyura secara bergotong-royong. Hakikatnya, amalan bergotong-royong inilah secara tidak langsung dapat merapatkan ukhwah dikalangan masyarakat Melayu. Menyedari kepentingan itu, sekali lagi pada tahun ini, Persatuan Taman Berlian Indah menganjurkan Program Mengacau Asyura Perdana yang melibatkan sebahagian besar komuniti taman di kawasan Bandar Baharu. Menurut En.Jamil Samad( Pengerusi TBI) program yang dianjurkan ini sebenarnya adalah kesinambungan daripada program yang dianjurkan pada tahun lepas. Menurutnya lagi, adalah wajar program yang cukup bermakna dan memberi impak positif dari segi merapatkan ukhawah sesama ahli dan komuniti lain perlu diadakan dari semasa ke semasa.

Rabu, 4 Januari 2012

PASTI ANNUR DAPAT SAMBUTAN

4 JANUARI 2012. PASTI An-Nur Parit Nibong mencatat sejarah apabila menerima kemasukan pelajar yang teramai sepanjang penubuhannya. Pada tahun ini dianggarkan seramai 86 pelajar mendaftar diri untuk memulakan sesi pembelajaran awal kanak-kanak di PASTI tersebut. Menurut Pn.Halijah Sidek, lebih ramai lagi ibu bapa memohon untuk menghantar anak-anak mereka ke PASTI tersebut, namun pihak beliau terpaksa menolak kerana mengalami masalah tempat dan guru yang kurang mencukupi. Beliau amat yakin, kesedaran dan keyakinan ibu bapa kepada sistem pendidikan awal yang berteraskan kurikulum Islam menjadi faktor utama menghantar anak-anak mereka belajar di PASTI berbanding dengan pusat asuhan lain seperti Pra sekolah dan KEMAS. Disamping itu, PASTI An-Nur berjaya menunjukkan kecemerlangan yang membanggakan di peringkat daerah Kulim/Bandar Baharu mahupun di peringkat negeri Kedah.

Sabtu, 24 Disember 2011

PENGUMUMAN PENTING!!!!

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA IBU PEJABAT POLIS DAERAH BANDAR BAHARU TELAH MENGEDAR BORANG KAJIAN KAWASAN SEKTOR (WARNA PINK) KEPADA SEMUA PENDUDUK DI KAWASAN BANDAR BAHARU TERMASUK TAMAN BERLIAN INDAH. OLEH DEMIKIAN, POHON KERJASAMA DARI SEMUA AHLI -AHLI PERSATUAN TBI MENGISI BORANG TERSEBUT DAN MENYERAHKAN KEMBALI KEPADA EN.SOFI (LORONG 2) ATAU KEPADA CIKGU JAMIL SAMAD( PENGERUSI TBI) SELEWAT-LEWATNYA PADA 30 DISEMBER 2011.HARAP MAKLUM...

Jumaat, 23 Disember 2011



Sepakat Membawa Berkat

Sabtu, 17 Disember 2011

ALTERNATIVE RIDING CLUB (ARC) GALAK PEMANDUAN BERHEMAH.

17 Disember 2012, Bandar Baharu. Seramai 300 orang peserta mengambil bahagian dalam Konvoi ' Alternative Riding Club ' ( ARC ) yang julung-julung kalinya dianjur oleh Pemuda PAS Kulim/Bandar Baharu. Menurut Pengerusi ARC dan juga merangkap Ketua Pemuda PAS Kulim/Bandar Baharu, ustaz Shahful Nizam menegaskan bahawa penubuhan kelab ARC ini bertujuan memupuk cara pemanduan selamat dan berhemah dalam kalangan muda-mudi. Jelas beliau lagi, pemanduan berhemah secara langsung dapat menghindarkan golongan muda dari terjebak dengan gejala rempit dan lumba haram. Dalam pada itu, Kelab ARC juga berkesempatan menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan di Kg Tebuk Mat Rashid dan Kg Permatang Pasir.

Sebahagian peserta konvoi ARC bergambar di hadapan surau
Tebuk Mat Rashid.


Ketua Pemuda PAS turut membantu mengacau bubur asyura


Bekas pelumba motorcup prix asia-saudara Yasir


Mengagihkan sumbangan kepada mereka terpilih


Terima sumbangan dari Kelab ARC




Peserta ARC berkonvoi ke Kg Tebuk Mat Rashid.









dicatat oleh : wartawan bebas TBI

Rabu, 26 Oktober 2011

FAKTA YANG PATUT KITA KETAHUI.

HASIL BALAK DI KEDAH ( DI ATAS KELUASAN TANAH YG SAMA )

2007 - RM 8 JUTA
2008 - RM 35 JUTA
2009 - RM 38 JUTA
2010 - RM 53 JUTA

IKTIBAR : INILAH HIKMAHNYA APABILA DIKUASAI OLEH PEMIMPIN YANG AMANAH DAN BERTAKWA.FIKIR-FIKIRKANLAH.....NEGERIKU KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA.

Rabu, 14 September 2011

KEMERIAHAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TAMAN BERLIAN INDAH -10 SEPTEMBER 2011


Ucapan Aluan dari Pengerusi TBI




Memohon keberkatan......aminnnnnn






Bacaan doa dibacakan oleh Pengerusi taman...En.Jamil


Jejaka Taman Berlian yang sudah punyai isteri...


Generasi kedua Taman Berlian.


Kelihatan Tuan Iman Masjid Bandar Baharu- Tn.Hj.Osman



Memilih Juadah istimewa.


Antara tetamu yang hadir.


kehadiran tetamu yang menggalakkan pada tahun ini

10 September 2011. Pada tahun ini sekali lagi Persatuan Taman Berlian Indah menganjurkan

Rumah terbuka aidilfitri yang diadakan di padang permainan taman tersebut. Majlis yang bermula jam 8.15 malam dimulakan dengan tahlil dan bacaan doa oleh Pengerusi TBI

En.Jamil bin Samad. Kehadiran tetamu dalam majlis ini amat menggalakkan.Dianggarkan

kira-kira 600 orang tetamu yang tidak lepas peluang untuk menikmati juadah yang disediakan.

Lemang, bihun sup, roti jala,ketupat dan nasi briani antara menu yang telah disediakan oleh setiap lintang. Dalam pada itu, En Jamil Pengerusi TBI melahirkan perasaan gembira di atas

sambutan yang amat menggalakan dikalangan ahli persatuan. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan

majlis rumah terbuka pada tahun ini.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT WARGA TBI.

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARI

SELURUH AJK TBI 2011














SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;