Sedih, pilu, kesal dan teramat marah sekali apabila ana melihat kes pembuangan bayi yang kerap terjadi sejak kebelakangan ini. Sekali direnung,amat sukar sekali untuk mencari segala puncanya. Masalah ini, bukan semakin berkurangan tetapi telah menjadi sebagai satu tabiat yang sukar dibendung lagi.Hakikatnya, kebobrakan masyarakat kita lebih teruk daripada zaman jahiliah. Zaman jahiliah hanya membunuh anak perempuan sahaja kerana menganggap anak perempuan itu sebagai sial dan menjatuh maruah keluarga. Tetapi jahiliah moden hari ini, tidak mengenal anak perempuan atau anak lelaki, yang sudah cukup sifat atau tidak semuanya dibunuh dan dibuang dikawasan pembuangan sampah, longkang, hatta dalam lubang jamban sekali pun tergamak dibuangnya. Inilah syaitan yang bertopengkan manusia!!! Ana terasa sayu apabila memandang seekor ibu kucing hatta seekor ayam pun tidak sekali-sekali membunuh anaknya.Walaupun tuhan tidak mentakdirkan mereka mempunyai akal fikiran tetapi Ana yakin naluri keibuan makluk tuhan yang bernama binatang ini pun boleh kenal nilai-nilai kasih sayang.Apatah lagi kita yang tuhan anugerah kesempurnaan akal dan fikiran tetapi tetapi masih bertindak di luar nilai-nilai kemanusian.Bagi Ana, tidak ada jalan lain untuk membendung masalah ini melainkan kita semua perlu kembali kepada hukum-hukum Allah.Selagi kita menolak hukum Allah, selagi itulah manusia-manusia yang berhati syaitan ini boleh hidup dengan selesa dan begitu bermaharajalela kerana kita hanya menjadi penonton setia melihat tindak tanduk mereka.wassalam...
From:Lang Buana TBI.
From:Lang Buana TBI.
Sepakat Membawa Berkat