;

Isnin, 10 Januari 2011

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA MAMPU ERAT UKHWAH

Bandar Baharu,8 Januari 2011. Sebanyak lima buah Taman Perumahan sekitar Bandar Baharu telah menyertai Program Kacau Bubur Asyura Perdana yang diadakan di perkarangan Kolej Komuniti Bandar Baharu. Program yang dianjurkan kali kedua oleh Kolej komuniti pada tahun ini bertujuan memupukkan semangat perpaduan dan silaturahim antara kolej tersebut dengan komuniti setempat. Antara taman perumahan yang terlibat pada tahun ini antaranya Taman Berlian Indah 1 , Taman Berlian Indah 2, Lot Banglo, Taman Permata, Taman Nilam dan Taman Delima. Menurut Pengerusi Taman Berlian Indah 1, En.Jamil bin Samad program yang ini dapat merapatkan ukhwah antara komuniti taman dan beliau juga berpendapat program ini wajar diteruskan pada tahun akan datang. Bersatu hati dalam satu kuali.
Tahlil...

Hayati...


Rehat seketika...

Penglibatan yang mengalakkan .

Wakil dari Taman Permata

Tengah dok jampi takut-takut bubur tak jadi...

Mai tolong kacau dan jangan buat kacau...

Servis percuma oleh pelatih kolej.

Sedang tunggu servis percuma...

Kereta untuk dilelong...


Akhbar Sinar diedarkan secara percuma.












SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;