;

Sabtu, 7 November 2009

PERSATUAN TBI TUBUH BIRO KHAIRAT KEMATIAN

Perjalanan Terakhir...Mencari kata putus...

Penyelesaian...Biro Khairat kematian ditubuhkan
diterajui oleh Cikgu Chot dan En.Zahir



7 NOVEMBER 2009. Mesyuarat jawatankuasa Persatuan TBI yang diadakan pada malam ini sebulat suara bersetuju menubuhkan Biro Khairat Kematian yang selama ini diletakkan sebagai satu badan yang berasingan. Menurut Pengerusi Persatuan TBI, Encik Jamil Abdul Samad penubuhan Biro Khairat kematian ini penting bagi memudahkan urusan kutipan wang ahli dan sekaligus mengelakkan daripada masalah-masalah yang berbangkit." Selama ini urusan kutipan wang ahli khairat kematian dan pembayaran kepada pihak masjid dilakukan oleh badan Khairat Kematian yang dilantik oleh pihak masjid, bukan diurus oleh pihak persatuan," . Oleh itu, bagi memantapkan urusan kutipan wang ahli khairat seeloknya ia perlu diletakkan dibawah pengurusan Persatuan TBI, tegasnya". Dalam pada itu, jawatankuasa persatuan TBI bersetuju melantik Encik Mansor (cikgu Chot) dan En.Zahir bagi menerajui Biro khairat Kematian TBI yang baru.

Jumaat, 6 November 2009

KENAPA ALLAH CIPTA NERAKA?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.


Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.


Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?


Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz."Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita.


Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."

Sabtu, 31 Oktober 2009

PAKAT-PAKAT BERINGAT, DUNIA HAMPIR KIAMAT


Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu.


a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada ta hun 2066


b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....


c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada ta hun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066 Wallahu 'alam... Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri.. . Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sa ma-sama kita doakan kesejahter aan untuk semua umat Islam.

Rabu, 28 Oktober 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA TINDAKAN DAERAH BANDAR BAHARU,KEDAH DARUL AMAN BIL.06/2009 -26 OKTOBER 2009 .BERTEMPAT DI PEJABAT DAERAH BANDAR BAHARU.

Saya telah mengemukakan permasalahan dibawah bagi mesyuarat kali ini.
1. Permohonan daripada pihak Jawatankuasa Masjid Bandar Bharu untuk membina sebuah menara Masjid bagi tujuan memperlengkapkan struktur pembinaan masjid. Saya dapati kompleks Masjid Bandar Bharu tidak mempunyai sebuah menara masjid sebagaimana lazimnya sebagai suatu struktur “wajib” sesebuah masjid;

2. Permohonan penduduk dan anak kariah Masjid Hijau di Relau untuk sebuah dewan serbaguna bagi kegunaan anak kariah masjid.

3. Permohonan penduduk terutama golongan belia Bandar Bharu untuk sebuah gelanggang sepaktakraw (seelok-eloknya jenis tertutup) dibina dikawasan tepian Sg. Kerian berdekatan penambang untuk kegiatan riadhah mereka;

4. Permohonan penduduk terutamanya golongan belia di kawasan Selama untuk sebuah gelanggang futsal bagi kegunaan kegiatan riadhah dan sukan mereka;

5. Permohonan penduduk di Parit Nibong, Parit Teropong, Parit Besar, Sg. Kecil Ulu, Sg. Kecil Hilir, Kg. Tebuk Mat Rashid, Kg. Permatang Pasir, dan umumnya kawasan Bandar Bharu untuk suatu projek tebatan banjir segera dilaksanakan.(* Buat makluman, masalah projek tebatan banjir ini sudah saya kemukakan bagi sesi sidang Parlimen bermula 19.10.2009. Insyallah saya akan kemukakan penjelasan YB Menteri kepada pihak tuan apabila diperolehi jawapannya).

6. Permohonan pelajar dan guru serta sekolah-sekolah sekitar Serdang untuk Perpustakaan Serdang dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu kerana itu sahaja hari cuti yang mereka ada untuk menggunapakai perpustakaan tersebut;

7. Permohonan khusus daripada En. Abdul Razak Bin Mohamed Rejab (KP No: 1929533) yang kini menyewa di rumah Depan Balai Polis, Lubok Buntar, Serdang untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk membina rumah sendiri. Saya dimaklum bahawa beliau sudah mempunyai tapak sendiri. Sebagai alternatif, beliau memohon penempatan dirumah Keda atau mana-mana perumahan rakyat sekitar Lubok Buntar atau Serdang.

8. Sukacita juga jika dapat pihak tuan memberikan respon terhadap cadangan saya untuk mengadakan suatu Forum Perdana di kawasan Masjid Bandar Bharu. Saya telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan yang secara prinsipnya bersedia mengadakan Forum tersebut.
Diwaktu yang sama, saya mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak dikalangan jabatan/ agensi kerajaan untuk menghubungi saya jika terdapat perkara dirasakan saya boleh membantu untuk membawa apa-apa perkara, permasalahan atau isu ke peringkat pusat samada pihak kementerian, jabatan dan/ atau agensi Kerajaan Pusat.Wassalam dan terima kasih.

Yang benar
Zulkifli Bin Noordin( AHLI PARLIMEN KULIM/BANDAR BAHARU)
Isnin
07 Zulqaedah 1430 / 26 Okt 2009

Ahad, 25 Oktober 2009

AIR KELAPA MUDA JENAMA KATAN

AIR kelapa bukan sahaja sebagai air minuman penghilang dahaga terutamanya ketika musim panas. Tetapi, sebenarnya air kelapa muda ini mempunyai banyak khasiat dan nilai gizi makanan yang hebat.

Hasil kajian juga mendapati air kelapa kaya dengan potasium dan mineral. Antara mineral yang terdapat dalam air kelapa seperti kalium (K), natrium (Na), kalsium (Ca), magnesium (Mg), ferum (Fe), kuprum (Cu), fosfor (P), dan sulfur (S). Selain itu ,air kelapa juga mengandungi gula (antara 1.7 hingga 2.6 peratus) dan protein (0.07 hingga 0.55 peratus). Lebih menariknya lagi dalam air kelapa mempunyai berbagai vitamin, seperti vitamin C dan vitamin B kompleks.Sudah semestinya kandungan air kelapa yang penuh khasiat ini dapat menjadi penghalang kepada serangan-serangan penyakit yang berbahaya.

Memandangkan begitu banyak khasiatnya, eloklah kita jadikan air kelapa itu sebagai minuman rutin harian. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Bandar Baharu Kedah, air kelapa Jenama KATAN sudah menjadi agak popular dikalangan penduduk setempat kerana rasa air kelapa mudanya mempunyai citarasa yang tersendiri.Bak kata pepatah "Minum sekali pasti nak lagi ".Tambahan pula harganya yang berpatutan sudah semestinya dapat dibeli oleh semua lapisan masyarakat.

pelanggan tetap...

Air kelapa Jenama Katan...mai secawan!!!!

sumber:AGS804

Khamis, 22 Oktober 2009

AMARAN TUHAN



MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

PAGAR DIRI & KELUARGAMU DARI SIHIR DAN ILMU HITAM

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim

Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguh nya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi".Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Sekian wassalam

Sabtu, 17 Oktober 2009

PUSAT KOMUNITI BANDAR BAHARU JADI PILIHAN

17 OKTOBER 2009. Pusat komuniti Bandar Baharu menjadi pilihan utama bagi mengadakan mesyuarat AJK TBI bagi kali kedua.Pusat komuniti itu dipilih berdasarkan kemudahan yang disediakan di pusat itu serta kadar sewa yang tidak ditetapkan.Secara tidak langsung, keselesaan bilik mesyuarat sedikit sebanyak telah melancarkan perjalanan mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat pada kali banyak menyentuh tentang post-mortem majlis jamuan hari raya yang diadakan pada 12 September yang lalu. Dalam pada itu, Pengerusi TBI, En.Jamil bin Abd.Samad mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.Beliau juga menyarankan supaya kerjasama yang baik dan lebih ceria dapat ditunjukkan oleh ahli-ahli persatuan TBI. Mesyuarat kali ini juga turut melibatkan kaum wanita."Penglibatan kaum wanita juga penting, sekurang-kurangnya kami juga dapat memberi idea dan pandangan bagi menjayakan setiap program yang akan dirancang"Tegas Puan Asiah yang turut dipilih bagi mewakili kaum wanita Lintang 3.
Antara agenda lain yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah pembentukan biro-biro baru serta lantikan setiap pengerusi biro.Keputusannya adalah seperti berikut :
1. BIRO PERPADUAN - EN. ZAMRI
2.BIRO ICT - EN.FAUZI
3.BIRO KECERIAAN/KEBERSIHAN - EN.SOFI
4.BIRO KESELAMATAN - EN. RADZHI
5.BIRO KEROHANIAN - EN.MOHD NOOR ABD.HAMID
6.BIRO SUKAN/REKREASI - EN. ZAHIR
7.BIRO BERITA/PUBLISITI - EN. MOHD JASNI
Pengerusi dan setiausaha...gandingan mantap

Kaum wanita juga turut terlibat

Suasana dalam bilik mesyuarat

keselesaan diutamakan .

Lawa tak handphone baru aku ni...

Eh, Wahid kau pernah makan ke daun pisang ni?

Dok tengok apa tu cikgu Jamil?








SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;