;

Isnin, 24 Mei 2010

KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU

Dalam kehidupan seharian, kita sering mempelajari sesuatu perkara baru. Tiada seorang pun di dunia ini lahir dalam keadaan berilmu atau sudah cukup ilmunya. Kewajipan menuntut ilmu dan mengajarkannya adalah satu kewajipan bagi setiap muslim. Jika menuntut Ilmu itu satu kewajipan bagi setiap muslimin, maka mengajarkan Ilmu itu yang sudah dedapati itu juga merupakan kewajipan.

Pada malam semalam (Selasa, 9hb Sept. 2008), saya telah berjumpa 3 orang sahabat yang baru saya kenali. Walaupun begitu mereka seperti sudah lama saya kenali dan kami begitu mesra sekali. Tetapi tujuan saya berjumpa dengan mereka kerana saya ingin hendak mendengar penerangan mereka tentang sesuatu dan mempelajari sesuatu dari mereka iaitu tentang Al-Quran. Sungguh pun pada waktu itu adalah satu waktu yang singkat, saya dapat suatu Ilmu yang baru yang tidak dapat diperolehi sama ada melalui darah keturunan atau dari duduk bersenang-lenang. Saya berasa senang hati dan suka kerana mereka sudi berkongsi Ilmu pengetahuan yang tidak semua orang boleh ada dan dapat kepada saya. Mereka memberinya tanpa meminta apa-apa balasan dan jauh sekali meminta upah.

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :

"Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :

"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi."

(Riwayat Ibnu Majah)

Jadi disini dapatlah disimpulkan menuntut ilmu itu hukumnya wajib ke atas setiap orang Islam, tidak mengira jantina. Sedangkan menuntut ilmu ini pula tidak terhad kepada batasan umur seseorang itu. Syeikh Burhanuddin al-Zarnuyij di dalam kitabnya, Ta'lim al-Muta'allim, menyebutkan bahawa ilmu yang paling utama iaitu yang paling wajib dituntut ialah 'Ilmu-Hal'. Ilmu-hal ialah ilmu yang sangat perlu bagi setiap orang yang sudah baligh. Dengan kata lain, Ilmu yang wajib itu adalah diantaranya ialah Ilmu tauhid dan Ilmu Fiqh (Fikah) kerana tanpa kedua-dua ilmu ini nescaya seseoang muslim tidak dapat beramal. Ilmu tauhid ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah ketuhanan, dan yang mula-mula dipelajari ialah tentang keesaan Allah s.w.t. sendiri, kemudian sifat-sifatNya, termasuklah sifat yang wajib ada padaNya dan yang mustahil disifatiNya. Ilmu tauhid ini juga termasuklah dalam ruang lingkup rukun Iman, iaitu percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul-rasulNya, hari Kiamat dan kepada Qada' dan Qadar.

Ilmu Fiqh pula membincangkan soal-soal yang berhubungan dengan cara-cara serta kaifat beribadah kepada Allah s.w.t. dan ebrgaul sesama makhluk, khususnya sesama manusia. Jadi jelaslah sekarang bahawa kedua-dua ilmu itu perlu dikuasai terlebih dahulu supaya seseorang muslim itu mampu hidup dengan baik dan teratur. Selepas itu barulah kita menuntut ilmu-ilmu yang lain seperti perubatan, sains dan teknologi dan lain-lain ilmu yang mendatangkan kebaikkan kepada manusia.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dan maksudnya :

"Malaikat membentangkan kepaknya kepada orang yang menuntut ilmu kerana ia gembira dengan apa yang diperbuatnya (menuntut ilmu ini)."

(Riwayat Ibnu 'Asakir)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang maksudnya :

"Sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, maka ia akan menemui Allah s.w.t., sedangkan jaraknya ketika itu dengan para nabi tidak ada, kecuali satu darjat kenabian."

(Riwayat Tabrani)

Dengan adanya dua lagi hadis ini, maka dapatlah kita mengetahui kepentingan menuntu ilmu itu. Kepentingan menuntut ilmu ini sungguh mulia sehingga malaikat membentangkan sayapnya untuk memayungi orang-orang yang menuntut ilmu itu. Tetapi ilmu itu hendaklah ilmu yang baik, lebih-lebih lagi ilmu berkaitan agama, kerana ianya akan beroleh rahmat serta keredaan dari Allah s.w.t. Ilmu yang didapati pula hendaklah dikongsi bersama kerana ianya merupakan sedekah kepada orang yang hendak diajarnya itu.

Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya :

"Sedekah yang paling afdal ialah apabila seseorang muslim yang belajar sesuatu ilmu dari saudara muslimnya, kemudian ia mengajarkan ilmunya itu kepada saudara muslimnya."

(Riwayat Ibnu Majah)

Jadi, marilah kita semua muslimin dan muslimat menuntut ilmu, supaya kita dapat memperkasakan diri kita dan juga umat islam kembali. Kerana realitinya sekarang ini, umat islam sudah jauh ketinggalan terutamanya di negara kita Malaysia. Walaupun pahit, tetapi itulah yang sebenarnya telah berlaku.

Wassalam.

Rabu, 12 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU


Guru ibarat lilin yang sanggup membakar dirinya sendiri demi menerangi orang lain. Itulah ungkapan yang amat sinonim dengan pengorbanan seorang guru.Siapalah kita tanpa guru. Guru adalah insan yang banyak berjasa kepada kita. Guru juga yang mengajar kita erti bahasa dan guru juga mematang usia kita. Tanpa guru, entah apa akan jadi pada kita. Harapan guru hanya satu: bukan ganjaran yang dipinta tetapi hanya sekadar melihat muridnya berjaya. "Selamat Hari Guru Buat Mereka yang bergelar guru."

KULIAH BULANAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA BUAT WARGA TBI.

KITA TEKADKAN NIAT, KITA KUATKAN SEMANGAT, KITA TINGGALKAN SEBENTAR KESIBUKAN BERKELUARGA, KITA TANAMKAN AZAM MULIA, KITA BENDUNG NAFSU
JAHAT YANG MEMBENDUNG SANUBARI, KITA LIHAT BETAPA BESAR GANJARANNYA,
KITA KEJUTKAN DIRI KITA DENGAN PENINGKATAN USIA, DAN KITA LAPANGKAN MASA BERHARGA DENGAN MENGHADIRI ILMU YANG LEBIH BERHARGA. AYUHH!!!!....
KITA PAKAT TURUN MAI RAMAI-RAMAI DI SURAU TEBUK MAT RASHID, KITA TIMBA SEBERAPA BANYAK ILMU YANG DISAMPAIKAN OLEH :
USTZ HASBULLAH PADA HARI SABTU INI BERSAMAAN 14 MEI 2010.

PESANAN DARI PENAJA :JANGAN BUAT TAK TAU ATAU JANGAN BUAT-BUAT LUPA PULAK!!SEKALI KITA BUAT-BUAT LUPA MUNGKIN KITA AKAN LUPA BUAT SELAMA-LAMANYA.
JADIKAN DIRI KITA ORANG YANG CERDIK MEMIKIRKAN APA YANG BERLAKU PADA
DIRI KITA DISAAT -SAAT SAKARATUL TIBA.......

Isnin, 26 April 2010

ROH YANG KELUAR DARI JASAD

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku".
"Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat Kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.Pada Malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang Dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,anak-anak jiranitu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu Kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian Mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari Perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali Datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga Sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang Mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat Maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka Keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut,Kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.

"Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata maka: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. AbuBakarR.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia Keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
"Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan Dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati Sekian, wassalam.

Isnin, 19 April 2010

MANUSIA BERHATI SYAITAN!!!!

Sedih, pilu, kesal dan teramat marah sekali apabila ana melihat kes pembuangan bayi yang kerap terjadi sejak kebelakangan ini. Sekali direnung,amat sukar sekali untuk mencari segala puncanya. Masalah ini, bukan semakin berkurangan tetapi telah menjadi sebagai satu tabiat yang sukar dibendung lagi.Hakikatnya, kebobrakan masyarakat kita lebih teruk daripada zaman jahiliah. Zaman jahiliah hanya membunuh anak perempuan sahaja kerana menganggap anak perempuan itu sebagai sial dan menjatuh maruah keluarga. Tetapi jahiliah moden hari ini, tidak mengenal anak perempuan atau anak lelaki, yang sudah cukup sifat atau tidak semuanya dibunuh dan dibuang dikawasan pembuangan sampah, longkang, hatta dalam lubang jamban sekali pun tergamak dibuangnya. Inilah syaitan yang bertopengkan manusia!!! Ana terasa sayu apabila memandang seekor ibu kucing hatta seekor ayam pun tidak sekali-sekali membunuh anaknya.Walaupun tuhan tidak mentakdirkan mereka mempunyai akal fikiran tetapi Ana yakin naluri keibuan makluk tuhan yang bernama binatang ini pun boleh kenal nilai-nilai kasih sayang.Apatah lagi kita yang tuhan anugerah kesempurnaan akal dan fikiran tetapi tetapi masih bertindak di luar nilai-nilai kemanusian.Bagi Ana, tidak ada jalan lain untuk membendung masalah ini melainkan kita semua perlu kembali kepada hukum-hukum Allah.Selagi kita menolak hukum Allah, selagi itulah manusia-manusia yang berhati syaitan ini boleh hidup dengan selesa dan begitu bermaharajalela kerana kita hanya menjadi penonton setia melihat tindak tanduk mereka.wassalam...
From:Lang Buana TBI.






Sepakat Membawa Berkat

Ahad, 11 April 2010

ROKOK DAN BANGSA YAHUDI


Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka supayaa merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah siapa? Tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sejak dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin. Ini adalah suatu kewajipan bagi mereka. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Isnin, 29 Mac 2010

MUTIARA KATA :"Tiga perkara yang mengiringi mayat ke kubur iaitu :- Harta, kekayaan, dan amalan. Dua akan ditinggalkan iaitu harta dan kekayaan manakala satu tinggal menemani mayat iaitu amala".

Isnin, 22 Mac 2010

BERAKHIR SEBUAH PENANTIAN


Jentera korek digunakan
kerja-kerja menjadi lebih mudah
Sukarelawan dari TBI sedang melakukan kerja-kerja sampingan
Letih.... setelah menyelia kerja-kerja pembersihan
Mencari rezeki
Hah ini dia...hidangan enak untuk malam ini.
Selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan.

SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;