;

Sabtu, 7 Ogos 2010

TITIAN SIRATULMUSTAQIM HANYA SIMBOLIK

6 OGOS , BANDAR BAHARU. Kuliah yang disampaikan oleh YBG.Dato Hassan Din pada malam ini sedikit sebanyak dapat merungkaikan persepsi masyarakat tentang kewujudan Titian Siratulmustaqim yang menjadi pegangan masyarakat melayu islam selama ini. Merujuk kepada Kitab Mustika Hadis keluaran JAKIM, beliau menegaskan terdapat kesilapan teknikal dari segi tafsirannya. Dalam kitab tersebut dikatakan Titian siratulmustaqim merentangi neraka, namun beliau menolak tafsiran itu dengan mengatakan bahawa Titian Siratulmustaqim merupakan simbolik kepada kesengsaraan, kesusahan, keazaban serta kepahitan yang teramat ketika manusia bergerak menuju kepada mashyar. Dalam usaha memberi pemahaman yang jelas kepada jemaah yang hadir, beliau juga telah melakarkan kedudukan masyhar, mahkamah keadilan, kedudukan neraka yang terletak disebelah kiri ( al-Waqiah, ayat 25), kedudukan syurga yang terletak disebelah kanan,( al-Waqiah, ayat41) serta kedudukan tembok yang memisahkan neraka dan syurga, (al-A'raf, ayat 45).

SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;