;

Khamis, 11 Mac 2010

ADAB BERJIRAN


1.Memulakan memberi salam kepada jiran (bagi beragama Islam )

2. Sentiasa membantu jiran yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan balasan dan mengira agama dan bangsa.

3. Saling ziarah-menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim.

4.Tidak membrukkan jiran dan menghormati setiap hak jiran.

5. Mengucapkan tahniah jika jiran mendapat sesuatu kejayaan dan menenangkannya jika ditimpa musibah.

6. Bagi yang beragama Islam, mengiringi jenazah jiran yang meninggal dunia sehingga ke kubur.

7. Sentiasa memaafkan kesalahan jiran.

8. Menjaga dan memerhatikan keadaan rumah jiran semasa ketiadaannya bagi memastikan keselamatan rumah.

9. Mengenali dan mengetahui anak-anak jiran.

10. Sentiasa bertolak ansur dan bekerjasama.

11. Tidak memerhatikan apa yang dibawa oleh jiran ke rumahnya.

12.Saling menjaga hati dan perasaan masing-masing.

13. Jika bersebelahan dengan rumah jiran, jangan membina tembok yang terlalu tinggi sehingga menghalang angin daripada masuk ke rumahnya melainkan dengan keizinannya.

14.Mendoakan kesejahteraan jiran.


SUMBER :UBAT HATI, SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD.

SALAM UKHWAH BUAT WARGA TBI

B

;