;
Rabu, 10 Mac 2010
BAHAYA LIDAH
Betapa bahayanya lidah jika tidak kita jaga dengan baik kerana ia merupakan anggota dalamtubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati. Kita hendaklah mengawal lidah daripada berbicara tentang hal orang lain iaitu mengumpat dan membuat fitnah sesama manusia.
Daripada Anas bin Malik r.a , Rasullulah s.aw. bersabda : "Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya "
Gerakan lisan adalah gerakan anggota tubuh paling ringan. Oleh itu banyak ucapan yang mendatangkan mudarat kepada manusia. Disamping permusuhan , kebencian dan akibat negatif yang lain, banyak berbicara juga akan mengeraskan hati, kemudian menjauhkan kita dari Allah. Kita cenderung mengucapkan kata-kata yang dimurkai Allah tanpa menyedarinya . Akibat inilah yang mendorong kita untuk masuk neraka.
Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Janganlah banyak berkata-kata selain zikrullah kerana ia membuat hatimu menjadi keras dan orang yang terhindar jauh daripada Allah adalah orang memiliki hati yang keras " (Riwayat al- Tirmizi)
Selain itu, kita jugatidak digalakkan untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada orang lain dan menggunakan lidah untuk mencaci serta menghina sesama manusia.
Sayidina Umar al-Khattab r.a pernah berkata : " Barang siapa banyak bicaranya maka banyak kesalahannya. Orang yang banyak banyak salahnya bererti banyak dosanya sehingga nerakalah sebaik-baik tempat mereka."
B
;